x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 18, 2011

~ Keputusan Formula 1 Chinese Gran Prix ~

salam ukhuwah kpd semua kawan blog ana..smlm berlangsung nya perlumbaan Formula1 Chinese Grand Prix..mst nk tau an kptsn nyer?hahah..like2..jom~~!!



BANGGA... Hamilton menjulang trofi selepas menjuarai GP China semalam.

Pelumba sensasi McLaren, Lewis Hamilton menyekat penguasaan Red Bull dan pelumbanya, Sebastian Vettel daripada mencipta kejuaraan hatrik musim ini dengan menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China di Litar Antarabangsa Shanghai semalam.
Sebaliknya, Vettel yang menjuarai GP Australia dan Malaysia sebelum ini terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan ketinggalan 5.1 saat di belakang Hamilton yang merekodkan masa 1 jam 36 minit 58.226 saat.
Ini merupakan kekalahan pertama Vettel selepas lima perlumbaan berturut-turut termasuk dua perlumbaan pada musim lalu.
Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pula menduduki tempat ketiga walaupun terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-18.
Hamilton bagaimanapun dicemaskan dengan insiden enjin ‘meragam’ sebelum perlumbaan tetapi kemudiannya berjaya mengawal keadaan, sekali gus mengelakkan diri daripada terpaksa memulakan perlumbaan menerusi hentian pit.
Berikutan insiden itu, mekanik McLaren terpaksa bertungkus-lumus dalam tempoh tidak sampai seminit memperbaiki enjin kereta Hamilton.
Sebaik Hamilton menyertai pelumba lain di garisan permulaan, dia hanya satu saat sahaja lebih cepat daripada masa yang dibenarkan.
Dengan kemenangan itu, Hamilton, 26, akhirnya meraih kejuaraan pertama sejak kali terakhir melakukannya pada GP Belgium, Ogos tahun lalu.
Di samping itu, pelumba Britain ini menjadi pelumba pertama pernah menang dua kali di GP China sejak perlumbaan F1 mula diadakan di negara itu pada 2004. Kali pertama Hamilton menang ialah pada 2008.
Vettel yang memulakan perlumbaan di petak depan semalam bagaimanapun hanya mampu mengucapkan tahniah kepada McLaren dan Hamilton.

PASUKAN FAVOURITE ANA??
Lotus Renault agak tidak mengecewakan kerana Vitaly Petrov mendapat 2 mata setelah berjaya mendapat tempat ke 9 naik 1 petak setelah bermula di petak ke 10 ketinggalan 57.4 saat dari Lewis Hamilton manakala Nick Heidfield gagal mengulangi kejayaan di Malaysian Grand Prix kerana hanya sekadar di tempat ke 12.

Team Lotus sekali lagi gagal memberi saingan keran kedua2 pelumba iaitu Heikki Kovalainen dan Jorno Trulli sekadar mendapat tmpat ke 16 dan 19.tapi apapun Team Lotus tetap antara terbaik antara 3 pasukan baru.
Mercedes GP juga agak memberangsangkan kerana berjaya mengutip 14 mata setelah dua pelumbanya menamatkan perlumbaan di tempat ke 8 dan 5



Saturday, April 16, 2011

Qualifi of China Formula1 Grandprix Gualifying

Salam..hahahah..LIKE2!! hari ni akan ade 1 lagi perlumbaan FORMULA1..salah 1 sport yg ana paling minat..huhu..Perlumbaan ni berlangsung di China....teruje gler nk tngok Pasukan Favourite ana...hahah..nk tau ke??antara yg ana paling suke adalah 3 pasukan dari Malaysia Lotus Renault, Team Lotus ngn Mercedes Pertonas!!harap deme sume Gempaks Abiss!!!lagi 1 ana suke Redbull Racing Renault..p ana x minat r Mark Webber..hahaha..ni ana tunjuk Qualifying resault deme:


Macam bese Team Lotus agak mengecewakan..Heikki Kovalainen ngan Jarno Trulli bermula di petak ke-19 dan ke-20 ngn 1.38.318 dengan catatan 1.37.894

        Heikki Kovalainen          Jarno Trulli
        Heikki Kovalainen Jarno Trulli

hah!!!yg ni paling ana suke Lotus Renault...dimiliki oleh Lotus ltd anak syarikat Proton.macm bese pelumba sensasi Vitaly Petrov berjaye masuk ke top 17 dlm Q1 n top 10 dlm Q2 ngn catatan 1.35.370 ngn 1.35.149.tapi Vitaly Petrov pula menghadapi masalah kotak gear pada jenteranya di sesi kelayakan ketiga, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan kedudukan petak kesepuluh
di sebalik kejayaan Vitaly petrov ana agak kecewe coz pemandu favourite ana sejak dari kecik iaitu Nick Heidfield hanya bermula di petak ke-16 dngn catatan 1.35.910..ana harap beliau Gempaks~~

Renault


Nick Heidfeld    Vitaly Petrov  
                                                Nck Heidfield  Vitaly Petrov

Haha..pasukan pemandu lagenda Michael Schumacher n pelumba muda berbakat Nico Rosberg iaitu Mercedes Petronas Not Bad r kali ni..dua2 pelumba dapat masuk top 17 Q1..hahah..p ana rase Schumacher x hebat cam dulu..Schumacher x dapat Masuk Q1 n hanya puas hati start kt petak no-14 ajer..hehehe..p Nico Rosberg yg sentiasa membayangi kehebatan Schumacher pd musim lepas konsisten tok masuk ke Q2 ngn Q3 ngn meraih petak ke 4 ngn catatan 1.34.670

 

Michael SchumacherNico Rosberg




Michael Schumacher       Nico Rosberg

hahaha..Pelumba Sensasi yg dikatekan bakal menjadi Lagenda Sebastian Vettel sekali lagi tidak dapat ditandingi!!! sentiasa konsisten bermula dari petak 1 ngn catatan 1.33.706
Juara dunia, Sebastian Vettel terus membuktikan kehebatannya pada sesi kelayakan perlumbaan Formula Satu (F1) 2011 Grand Prix China semalam.
Pemandu Red Bull Racing dari Jerman ini terlalu sukar untuk dicabar apabila memenangi petak pertama dalam tiga perlumbaan berturut-turut selepas GP Australia dan Malaysia.
Vettel jelas berada dalam kelas tersendiri selepas berjaya mengatasi pencabarnya dari McLaren, Jenson Button di tempat kedua dengan kelebihan 0.7 saat.
Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber dari AustraliaVettel dikatakan bakal menjadi pelumba pertama selepas Michael Schumacher pada 2004 menjuarai tiga perlumbaan awal berturut-turut.
sekali lagi gagal menyerlah dan hanya mampu menduduki petak ke-18, hampir tiga saat ketinggalan di belakang

 
 
Sebastian Vettel        Mark Webber

                                                     Sebastian Vettel Mark Webber

Result Lengkap Qualifying Formula1 Chinese Grand Prix 2011

Pos
DriverTeam



1
Sebastian VettelRBR-Renault




2
Jenson ButtonMcLaren-Mercedes



3
Lewis HamiltonMcLaren-Mercedes




4
Nico RosbergMercedes




55Fernando AlonsoFerrari



6
Felipe MassaFerrari



7
Jaime AlguersuariSTR-Ferrari



8
Paul di RestaForce India-Mercedes



9
Sebastien BuemiSTR-Ferrari



10
Vitaly PetrovRenault



11
Adrian SutilForce India-Mercedes


12
Sergio PerezSauber-Ferrari


13
Kamui KobayashiSauber-Ferrari


14
Michael SchumacherMercedes


15
Rubens BarrichelloWilliams-Cosworth


16
Nick HeidfeldRenault


17
Pastor MaldonadoWilliams-Cosworth


18
Mark WebberRBR-Renault

19
Heikki KovalainenLotus-Renault

20
Jarno TrulliLotus-Renault

21
Jerome d'AmbrosioVirgin-Cosworth

22
Timo GlockVirgin-Cosworth

23
Vitantonio LiuzziHRT-Cosworth

24
Narain KarthikeyanHRT-Cosworth








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...