Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak
kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini
kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa
melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir
lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya
yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah
rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional." -Fokus hanya
pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda
(kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6
sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh!
Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton
berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman
adalah lebih penting daripada sijil kertas!
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu
mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia
berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk
diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari
bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak
menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan
berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." -merancang
masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta
telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali,
tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.
Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita
mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula
mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi
orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil " Pengetahuan." -pengetahuan kunci
kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya
dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." -
mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!
Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
copy paste
Assalammualaikum..
ReplyDeleteSalam Blogwalking puasa.
Jangan Bersedih mahupun gundah Sentiasa Ceria dan Update Blog Selalu Tau.
Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.
http://iskandarx-society.blogspot.com/
http://iskandarx.blogspot.com/
https://melayupress.wordpress.com/
https://twitter.com/iskandarX