x tukar url

Thursday, August 30, 2012

Majlis Maulid Aidilfitri



Jom jom..dekat kot ngn umah aku..kat setiawangsa tuh..sek lama aku pon dkt situ..:)

Wednesday, August 15, 2012

Rujukan Format APA System




Cara Mudah Tulis Rujukan Format APA System pada Word 2010
Assalamualaikum..Bismillah..pada cuti Raye ni n sekaligus cuti pertengahan semester kolej islam darul ridzuan dan juga adalah musim assignment ..so aku nok ajor cara buat rujukan APA pakai word..Jangan risau..tuto bahasa melayu standard.

1. Bukak microsoft word lah dulu kn..
2. Pergi Tab "References"
3. Klik pada "Insert Citation"
 4. Lepas tu "Add New Source"
5. Lepas tu akan keluar lah ruangan nak isi macam2..dekat "type of source" korang pilih r book/internet/article atau lain2..
6. Isi lah apa yang patut..nama author, publisher, date..
7. Lepas tu klik "OK"
8. Korang masih lg dekat tab "References" kan..untuk masukkan APA format ni korang click "bibliography" kemudian "insert bibliography"9. Lepas tekan 'insert bibliography' tu..secara automatik, segala rujukan yang telah korang ambil tu ditulis ikut format APA yang sebenarnya. korang tak yah la, sibuk2 nak tekan mana 'space', letak 'koma', letak 'titik'
10. Bereh doh..say Alhamdulillah..



Rujukan [ Link ]



Seronoknya Couple






Jom couple...??? sorry ok...kbai !!!

Antara prkara yg "seronok" dalam berCOUPLE;

1) Seronok (dapat fitnah)...

2) Seronok (dapat dosa)...

3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)... tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...

6) Banyak risau (takut awek org lain kebas... berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating... tak pulak risau!)...

7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...

8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj... .yg lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah... sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

p/s: Jadi, tidak semua yang berCouple kekal selamanya..
Jadi berCouple?? perlu ke?? baik bercinta selepas nikah lagi sweet
TAK memeningkan kepala...

Wallahualam.


Sumber : 



Debaran Cuti Raya

Salam Ramadhan..nak abis dah Pose kan?hehe..kome dari IPT/IPTS ne?budak2 sek n semua mahasiswa msti akan bercuti kan?kemane kome cuti?aku dah semestinya blk kg..
p x tau bile...

la ni aku dalam kple ni just fikir nak balik umah jer...kelas sume dah abis arini..patotnyer dah blh balik dah harini..p aku terpakse balik esok mlm coz tiket2 sume dh abis..(cmtulah klo beli last minute)..nak dijadikan citer..selalunya aku blk naik bus,,p kali ni aku naik Keretapi..why?coz nak tau ble last aku naik ktm antarabandar ni??nun tuh dia umor 12 tahun..la ni dah 20 tahun..totally 8 tahun xpenah naik.. asyik naik putra,star,monorel n comuter jer..p sume tuh mana ada smpai ke kuala kangsar..so kali ni aku nekat naik ktm antarabandar..heheh..sangat excited..

Ape persiapan sebelum balik?mesti lah kemas2 baju...kemas umah  basuh motor kesayangn ku..n ape2 yang patut..sape2 yg balik kg pastikan keselamatan rumah anda di check..motor di kunci..umah di kunci..letrik di matikan..air ditutup..klo balih bg tahu jiran2 yg x blk tuh tlg tengok2 kn umah n g tau polic sekali..hehe..


bab paling sedih?

mestilah wkt nk tinggal2 kn kawan..harap kita jumpe lagi pas cuti..selamat hari raya yer..:)





Monday, August 13, 2012

BBQ Ramadhan












Rumah Sewa Ku





Selalunya bila kome buat BBQ?wktu bercuti?wktu malam2?p kali ni aku nk g tau aku buat bbq wkt Ramadhan...hehe..start panggang kol 4.30 ptg

pe Menu?
3 ekor ayam perap panggang
Sosej Bakar
Ikan Bakar
Sotong Bakar
Udang Goreng Tepung
Nugget Tempura
Air Jimi Asmara
Air Teh Bunga
Air Tembikai Madu
Murtabak
Roti John

Wou....banyak nyer makanan..hihi..sume ni kami kongsi duit 1 umah beli barang tau..hehe..alhamdulillah rakan2 rumah aku ni bg kerjasama..mmg respek..xde curi tulang..tugas aq?panggang n runner beli barang.....hihi.

SALAM RAMADHAN


Bukan Rezeki Dapat Hadiah DiariOnlineNurul

Salam Ramadhan Kepada Semua..cmne amalan kita seharian?hmm.harap kita semua dapat menambah amalan kita di akhir2 Ramadhan ni agar bertemu dengan malam lailatul qadar..

setelah berhempas pulas dengan program kelab yg sangat padat tambah dengan demam selama seminggu ni baru kini aku dapat bukak blog...heheh..alhamdulillah diberikan kesihatan sekali lagi..syukur..

bile bukak je blog waaa gembira nya bile aku bukak blog 
aku menang topup..waa bestnyer..mula2 aku join bende ni xharap sangat coz tau bukan senang nak dapat..perlu kan Luck nak menang..mybe berkat Ramadhan aku menang..heheh...syabas2...

then yg sedihnya kene respon dlm tempoh 24 jam...mmg xdapat lah..coz aku demam panas kot seminggu..dengan program kelab g..hmm..sedihnya..:( mungkin bukan rezeki aku kali ni..hihi..
LA TAHZAN ALIFF IN NAALLAH HAMA'ANA..







No 25 tu no aku tau,,:(




Tu Link Aku tau..


2 Pemenang baru yang dipilih..


jika kali ni aku xde rezeki mungkin akan datang ade rezeki..insyAllah...Tahniah buat semua pemenang..:)Mybe bukan rezeki aku bulan Ramadhan ni..diganti dengan orang lain..tahniah buat mereka..:)


Friday, August 10, 2012

SEGMEN : AYU CARI RAKAN BLOGGER


Jom Join Blog Comei ni..:)

Thursday, August 9, 2012

Sudikah awak jadi ISTERI KEDUA saya??will u marry me??





ヾ(▰˘◡˘) Sudikah awak jadi ISTERI KEDUA saya??will u marry me??

•ツ TAK BACA RUGI.IMAN CAKAP KALAU AWAK TAK BACA AWAK RUGI.TAK NAK DENGAR XPE,BACA JER :) HEEE <--- TETIBE CAPS LOCK XLEH OFF -.-''


“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————


Sedarlah semua kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!! —




Wednesday, August 8, 2012

Terharu Blog di Hargai

Buat Pertama Kali nya aku sejak aku ada blog ni firsttime aku rase terharu coz ada org buat entry pasal aku..ni pon coz kesinambungan dari entry aku buat untuk die..hehehe...thanks adik..





Jom Terjah Blog die..:)





Segmen : Blogwalking Sambil Follow


Tarikh Tutup akan dibagi tahu kemudian






Tuesday, August 7, 2012

Syoknya Blogwalking bersama Aisyah Humaira


Cam menarik..:)

syarat?
-klik "LIKE" pada gambar header cik niera disini
-buat entry bertajuk Segmen "Syoknya Blogwalking bersama Aisyah Humaira'"
-letak banner segmen dan linkkan ke entry niera
-letak link entry anda mengenai segmen di kotak komen

niera kate senang je kan?
n lagi satu top referral akan dapat duit raya..berapa?die x bg tau lak...p cam best..so join ler..:)
tarikh segmen : 08.08.12 - 12.08.12









Jom Kawan2 Kita Kejar malam yg special ni...:)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)


Huraian
1.   Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.

2.   Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

3.   Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

4.   Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.



Followe ke 300

Salam Ramadhan kome sume...hye..cebenarnya nak g tau lah follower awk xlah ramai sangat..p tdi tetibe rase nak bukak blog then cam cantik lak bilangan follower ada 300 org dah..nak tau sape org ke 300 tu?laki or perempauan?ha ni orgnya si gadis cantik..lame kot nak tggu 300 ni.hihi..


Nama gadis cantik ni Nas Othman..cik adik ni baru 17 tahun tapi yg bestnyer die dah jd blogger dekat 3 tahun lebih..mesti gempak kan..nama blog die gadis cupcakes

jom kenal Nas
Klik : Blog




Sunday, August 5, 2012

Segmen : Jom Join Bloglist Nurul !


Cik Bedah ti TAg

Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool !!



Entry Yg Agak Terbaik lah ( LINK )

jom join kawan2 :)
hadiah lumayan :)
anda di tag

10 Perkara Dilarang Dalam Facebook







1. Tarikh lahir 

Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci?

2. Nama ibu 

Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada.

stranger danger1 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook


3. Alamat rumah 
Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila korang ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.” Take note that sebab aku pun kerap bercuti sana sini.

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu kornag takde katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!
Bahaya Facebook 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.
sunbelt vacations social media 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.


Sumber : Facebook


Hot and Spicy VS Crunch






MANA LAGI SEDAP ?


HOT & SPICY

vs


CRUNCH

Bola Sepak Olimpik 2012 : Asia VS Amerika


Separuh akhir Bola Sepak Sukan Olimpik 2012 berlangsung tidak lama lagi...Antara negara yang layak ke Separuh Akhir adalah Brasil, Korea Selatan, Jepun dan Mexico..Apa yang Menariknya Olimpik kali ini ialah pertembungan antara dua benua iaitu Asia dan Amerika...Dimana Eropah dan Afrika?sayang sekali Negara Eropah tidak tersenarai terutamanya Spanyol yg gah menjulang Piala Dunia dan Euro..Ketika skuad senior Spanyol gah menjulang piala tersebut tetapi pasukan muda mereka terkandas si peringkat kumpulan..

SEPARUH AKHIR BOLA SEPAK SUKAN OLIMPIK 2012


VS


-----------------------------------------------------


VS



PASUKAN MANA AKAN KE  FINAL BOLA SEPAK SUKAN OLIMPIK 2012 ??

ASIA VS ASIA   ??
or

AMERIKA VS AMERIKA   ??

or

ASIA VS AMERIKA   ??


PASUKAN MANA JUARA BOLA SEPAK SUKAN OLIMPIK 2012

ASIA   ??

or

AMERIKA??




TUNGGU NAAAA !!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...