x tukar url

Tuesday, July 31, 2012

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Kolej Islam Darul Ridzuan


Firsttime tengok Segmen cam ni..dah join...!! anda bile g? :)

Monday, July 30, 2012

SEGMEN : Tambah Follower Sebanyak Mungkin



Nak buat segmen  tapi tak reti...tapi try jer lah .
Sebab sebelum tahun 2013 , harap ada followers sampai sebanyak mungkin+ , 
hihii , korang nak tak ?
Jadi , jom laa kita join sama2 ,tapi mesti ada syarat kan?xkan fitu2 jer kan..?hehe.
harap korang join lah ea...:)

SYARAT-SYARATNYA



# Hanya blog & Blogger Malaysia SHJ

# Wajib Like fan page Instinct De Hearty 
Like Sini )

# Follow blog ni da Akan follow korang automatic
# Follow Blog ni gak Steadfast
# Buat entri ' SEGMEN : Tambah Follower Sebanyak Mungkin '
# Copy paste banner segmen di atas dan link ke entri ini
# Dah siap semua, hantar link entri ke kotak komen di bawah (link entri bukan link blog ye)




# Tulis berapa follower korang sekarang dalam entri , macam Instict De Hearty: 580

# Tag sekurang - kurangnya 3 , ajak ramai ramai laa , lagi besh ! dan pastikan mereka tau
#] Tamat 30 SEPTEMBER 2012 

P/S : Bila dah cukup 10 orang yang menyertai segmen ini, aku akan listkan senarai blogger yang sudi meng-joinkan diri. Harap ramai-ramai dapat sertai. Janji korang kena blogwalking dan follow blogger yang sudi join tau,






Kepentingan Sebatang Pen..hehehe :)

hilang pen - tak boleh bwat keje skolah
tak buat keje skolah - tak pandai
tak pandai - fail SPM
fail SPM - tak dapat masuk U
tak dpt Masuk U - takde ijazah
...takde ijazah - tak boleh dpt keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - kusut masai
kusut masai - tak hensem
tak hensem - takde awek
tak ade awek - tak boleh kawin
takleh kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri

#WARNING# - jangan hilang Pen ! !

Sunday, July 29, 2012

Kemuncak Final Imam Muda

KEMUNCAK IMAM MUDA 3 AKAN DISIARKAN PADA 3HB OGOS (JUMAAT). DI ANTARA 
Imam Muda JabarImam Muda Naufal DAN Imam Muda Hafiz, SIAPAKAH YANG AKAN DINOBATKAN SEBAGAI JUARA IMAM MUDA 3, SETELAH
MENJADI JUARA BAGI MUSIM YANG PERTAMA DAN KEDUA ? NANTIKAN DEBARANNYA.......





Harap - harap Imam Muda Jabbar menang....:-)

Saturday, July 28, 2012

Segmen : Tambah Follower Sebanyak Mungkin



Nak buat segmen  tapi tak reti...tapi try jer lah .
Sebab sebelum tahun 2013 , harap ada followers sampai sebanyak mungkin+ , 
hihii , korang nak tak ?
Jadi , jom laa kita join sama2 ,tapi mesti ada syarat kan?xkan fitu2 jer kan..?hehe.
harap korang join lah ea...:)

SYARAT-SYARATNYA



# Hanya blog & Blogger Malaysia SHJ

# Wajib Like fan page Instinct De Hearty 
( Like Sini )

# Follow blog ni da Akan follow korang automatic
# Follow Blog ni gak Steadfast
# Buat entri ' SEGMEN : Tambah Follower Sebanyak Mungkin '
# Copy paste banner segmen di atas dan link ke entri ini
# Dah siap semua, hantar link entri ke kotak komen di bawah (link entri bukan link blog ye)




# Tulis berapa follower korang sekarang dalam entri , macam Instict De Hearty: 580

# Tag sekurang - kurangnya 3 , ajak ramai ramai laa , lagi besh ! dan pastikan mereka tau
#] Tamat 30 SEPTEMBER 2012 

P/S : Bila dah cukup 10 orang yang menyertai segmen ini, aku akan listkan senarai blogger yang sudi meng-joinkan diri. Harap ramai-ramai dapat sertai. Janji korang kena blogwalking dan follow blogger yang sudi join tau,






Indahnya Nukilan


Tak Mengapa, Sayang…
(Inspirasi pujukan suami terhadap isterinya)

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu cemburu,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Itu perasaan yang paling layak,
Daripada isteri yang besar cintanya,
Cemburumu bukan kekurangan,
Ia sifat orang beriman ,
Fitrah yang Allah berikan di dunia,
Dan bakal Allah hilangkan di syurga .

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tamak,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa dirimu dambakan kedudukan akhirat,
Menjaga agamamu daripada terfitnah ,
Dirimu sebenarnya sangat pemurah,
Sanggup menggadaikan keseluruhan milikmu,
Demi hidup tenang di samping Tuhanmu.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tidak sanggup berkongsi,

Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa dirimu terlalu banyak memberi,
Berkongsi suamimu dengan perjuangannya,
Hingga masa untukmu hanyalah bersisa senja,
Meredhai suamimu berkongsi kepakaran,
Kau didik anaknya dalam kepayahan,
Berkongsi suamimu dengan masyarakat,
Hingga tugas-tugas dakwah tidak tergugat,
Pengorbananmu mulia dan terhormat.
Ketika mereka mengatakanmu sensitif,

Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa terpujinya sensitivitimu,
Kecaknaan sifat orang beriman,
Itu lambang lembutnya perasaan,
Simbolik jiwamu yang penyayang,
Anugerah kewanitaan,
Yang menjadikanmu istimewa,
Sebagai isteri dan ibu.
Ketika mereka mengatakanmu tidak positif,

Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa positifnya dirimu,
Ketika memilih MENCEGAH SEBELUM MERAWAT,
Itu tanda akalmu bijak membuat nilaian,
Itu tanda kau rasional membuat pilihan,
Lambang sifatmu yang berhati-hati,
Lahir dari kecelikan mata hati.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu menolak hukum Tuhan,
Tak mengapa, Sayang
Kerana Allah tahu,
Kau menjelaskan dan menegakkan hukum Tuhan,
Sebagaimana yang difahami oleh jumhur ulama,
Monogami adalah sunnah dan asal di sisi syarak,
Poligami itu cuma rukhsah,
Untuk merawat masalah-masalah tertentu,
Seperti isteri gila, sakit dan tidak bernafsu,
Rukhsah tidak diambil sewenang-wenangnya,
Apatah lagi sekadar menjamu nafsu,
Jelaskan sudut pandang,
Islam tidak menjadikan poligami pilihan utama,
Agar terbela Islam dari fitnah musuhnya.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu menolak sunnah,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Kau mencintai dan menegakkan sunnah,
Kau bersama fikrah jumhur ulama’,
Hukum asal poligami cuma harus dan bukannnya sunnah,
Islam mengawalnya dengan ketat dan payah,
Apabila mensyaratkan ‘adil’, syarat yang susah,
Agar keluargamu tenang dalam mawaddah warahmah.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tidak menerima poligami,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Kau menerima poligami bukan sebagai perintah syariat,
Kau menerima poligami bukan sebagai galakan agama,
Kau menerima poligami sebagai keringanan bersyarat,
Itulah yang difahamkan oleh jumhur ulama',
Sebagaimana harusnya berburu selepas ihram,
Tiada paksaan dan tiada suruhan,
apatah lagi poligami melibatkan hak ramai orang,
Kutahu sayangku, bukan dirimu menakut-nakutkan,
Tapi kau berhak mencegah sebelum merawat,
itulah hikmahnya hak syarat ta'liq diberi Islam.

Sayangku,
Biarlah mereka asyik menjelikkan,
Kita balas dengan meraikan,
Biarlah mereka membuat pilihan,
Tenanglah dengan pilihan kita,
Apa yang penting,
Kita tidak menanggung pilihan mereka,
Dan kita bahagia dengan pilihan kita,
Hidup ini sekejap cuma,
Moga kita semua mudah ke syurga,
Bidadari dan pemuda kacak (wildan) menanti di sana,
Dirimu tetap teristimewa,
Teruskan sayangku…
Sebarkanlah bahagia.

Sumber :  FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Madah Madah Tulus


::Sungguh tidak terasa akan waktu yang terus berlalu dan hari-hari yang telah dilalui di bulan Ramadhan ini..dan secara perlahan-lahan, semangat Ramadhan itu hilang dari diri kita diiringi semakin jauhnya kita dengan Allah swt yang boleh dikesan apabila berkurangnya kualiti ibadah kita serta dosa-dosa yang dilakukan..

Kualiti ibadah kita mencerminkan nilai keimanan yang ada pada diri kita. Ketika kualiti ibadah kita itu menurun bererti menurun pula nilai keimanan kita kerana memang keimanan kita kadang-kadang menaik dan kadang-kadang menurun. Imam Ghazali menjelaskan, keimanan kita naik dengan melakukan ketaatan kepadaNya dan sebaliknya keimanan kita menurun dengan melakukan kemaksiatan kepadaNya.

Ya Allah disementara Ramadhan yg masih bersisa ini, lindungilah daku dari bisikan halus syaitan dari menggelincirkan daku dari jalan yang diredhai Allah..serta bisikannya dari berbagai arah supaya menjadi manusia pembuat dosa dan jauh dari ketaatan kepadaMU.. Ameenn...::

Pertandingan Karya Kreatif


wou...adakah aku berbakat dalam penulisan?rasa cam nak cuba jer..ne tau terpilih ke...setidaknya dapat lah berkongsi ilmu yang berpanjangan..
kawan2 xmau join?

Ada hadiah lak tuh..cam best jer...

TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER

p/s : lambat lagi..masih ada masa untuk berkarya...:)


SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+


Follower : 232

Thursday, July 26, 2012

Ya Allah:(

kami xada apa2 hubungan tapi napa aku sakit hati, geram, kecewa bila ada org nak.......... dia. adakah tuuh jeloz nama nya?ya Allah dia hanya kawan sek ren ku sahaja..sahabat aku dunia akhirat..patutnya aku mendoakan kebahgiaan dia..bukannya begini perasaan yg patot aku rasa.

aku perlu buang perasaan itu...syaitan sudah dibelenggu tapi aku masih susah untuk buangnya..aku hanya mahu anggap dia kawan n adik..tapi nape aq kecewa n sakit hati bila status die camtuh???aku perlu buang coz tidak adil n zalim bagi bakal isteriku jika perasaan itu teros ada dalam hati ku..

betol cakap org tua2 sangat susah melupakan cinta pertama tapi akan aku lupakan kerana apa?kerana dia sahabat ku yg sangat baik dari sek ren lagi...

Patot kah doa ku begini?

ini lebih baik rasanya


اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ. “ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

MENCINTAI ITU TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI TETAPI APA YANG PENTING KITA INGIN DIA  SENTIASA BAHAGIA. ITU SEMUA URUSAN-NYA.IKHLAS KAN HATI PASTI ADA HIKMAHNYA 

Muslimah


Cantiknya wanita itu, bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu..
Cantiknya wanita itu, bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu..
Cantiknya wanita itu, bukan kerana manjanya nada suaramu..
Cantiknya wanita itu, bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu..
Cantiknya wanita itu, bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu..
Namun Sahabat Sayang, Cantiknya wanita itu terletak pada bibirmu yang selalu berzikir, pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu', pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa, pada pendirianmu yang tak goyah & memperjuangkan agamamu...

Madah Pujangga


~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..

~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.

~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

Wednesday, July 25, 2012

Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Sains





Semalam, isu hangat di Facebook ialah mengenai seorang anak Melayu yang menghina puasa di status Facebook beliau serta mendapat sokongan kawan-kawannya yang kononnya moden sangat. Kesian pada budak ni, mungkin dia kurang diberi didikan awal agama oleh ibu bapanya yang kaya harta dunia tetapi terlupa nak hantar anaknya belajar agama.


Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.


Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.


Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:


1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).


ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.


2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).


3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).


4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.


5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.


Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.


6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.


7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.


8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.


Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”


Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Sumber 

Segmen : Up Followers di Bulan Ramadhan by Miss NR

Sunday, July 22, 2012

Jom Sahur.

ayukk teman2 kita suma sahur..menu pagi ni ayam kari dan sardin..sederhana dalam makan bersyukur keranaNya

Thursday, July 19, 2012

Naib Johan Pertandingan Bubur Lambur KL Tower

Alhamdulillah pada minggu lepas ibu dan ayah ku dibantu oleh dua orang sahabatnya serta dikacau oleh kecil Harith Fikri berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan membuat bubur lambur di Menara Kuala Lumpur..Walaupun sedikit kecewa kerana gagal mempertahankan kejuaraan pada tahun lepas tetapi kami sekeluarga sangat bersyukur...ingat senang ke nak bg org area kl tower puas hati?heheh,.

sedap sangat ke bubur lambur parents aku masak?klo nak tau sedap ke tak datang lah ke Masjid Ubaidah Al-Jarrah di Seri Rampai Kuala Lumpur pada Bulan Ramadhan ni lepas Asar.hehe...insyaAllah rezeki keluarga ayah n  ibu akan masak bubur lambuk untuk masjid tersebut.mai yer kawan...:)


Siap ada air pancut gituu..:)


Kacau jer si kecik tuh...

Kedatangan VIP


Ayah ditemuramah

Alahai letihnyer...cam die lak yg masak..hehe



Hasilnya

Juri menilai

Naib Johan

Terbaik.>!!!

Amalan Harian

Tuesday, July 17, 2012

BILA SAKIT BARULAH KITA MENGINGATI YANG MAHA ESA.





alhamdulillah..sudah lama xupdate blog...sakit menyelubungi ku...sakit yg teramat sangat..adakah ini petanda nya..ya Allah jika pengakhiran ku begini matikan aku dalam iman ya Allah...berikan daku kekuatan ya Allah...aku mahu membahagiakan ibu bapa ku dan menghabiskan pelajaran ku...kau berikan lah kesihatan agar dapat beribadat kepada Mu..

Sakit ku yg tiba2 datang membuat ku tertanya2..dengan tiba2 badan ku lemah demam sakit kepala yg amat sangat dan muntah2..

doakan diriku cepat sembuh

BILA SAKIT BARULAH KITA MENGINGATI YANG MAHA ESA. BARULAH MULUT TAK HENTI - HENTI MENYEBUT NAMA NYA. JIKA TIDAK ADAKAH KITA SENANTIASA MENGINGATINYA??FIKIR KAN LAH

Tuesday, July 10, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie


Tarikh tutup : 1 Ogos 2012

Pemenang RM50 Topup...masyuk kot.hihi..aminn

Sunday, July 8, 2012

Mutiara Cinta

~ Segmen : Bloglist Winter SheLittleSunshine ~

Saturday, July 7, 2012

Sebelum dan Sesudah

Alhamdulillah kini isteri kesayangan aku siap sedia diperbaiki..semua kerosakan akibat aku kemalangan tempoh hari.syukur aku selamat..beratus gak habis p demi dia aku sanggup..janji puas hati...:)

SELEPAS KEMALANGAN










SELEPAS DIPERBAIKI









Friday, July 6, 2012

Pesanan Rasulullah

Thursday, July 5, 2012

LIMA MATLAMAT KAUNSELING


Kaunseling bermatlamat untuk;
 1  Memudahkan perubahan individu.
 2  Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.
 3  Membantu keberkesanan klien mengurus diri.
 4  Menggalak proses membuat keputusan.
Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.

Tuesday, July 3, 2012

Aku Ambik Kaunseling Islam ??



Sudah Bermula Semester  baru... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...semoga aku dapat menempuh   semester ini dengan jayanya dan mendapat 4.00 dalam png n 3.6 pngk..tu target aku semester ni...insyaAllah ni yg akan aku ambil bagi semester ini


1 - Perkembangan Kerjaya
2 - Isu - Isu & Penyelidikan Dalam Bimbingan & Kaunseling
3 - Tafsir Tematik
4 - Dakwah Islamiah
5 - Hafazan Al - Quran
6 - Bahasa Arab Untuk Pengajian Islam
7 - Intermediate English
8 - Academic English
9 - Fiqh Ibadat
10 - Akidah Kenabian & Samiyyat
11 - Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat
12 - Perkembangan Kerjaya


Subjek yang tertangguh.. ( psss..eksiden punyer pasal )


1 - Pengucapan Awam
2 - Hadith Tematik
3 - Pembangunan Manusia Menurut Perpektif Islam



Ya Allah Berkati lah Ilmu Yang Ku Pelajari...Kurniakan Aku Ilmu Yang Bermanfaat..Akan aku berbakti dan membalas jasa ibu bapa ku sebaik mungkin..amiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...