Ilmu tafsir adalah satu ilmu yang menjelaskan atau menghuraikan ayat - ayat Al-Quran. Ilmu ini sangat lah penting dalam kehidupan manusia dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. Ia memudah kan kita mengetahui dengan lebih lanjut makna - makna ayat Al-Quran itu sendiri. Dengan itu setiap masyarakat lebih memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran serta mendapat beberapa kelebihan dengan mendalami ilmu tersebut.
Sebagai Umat Islam sekalian ketahui, Kitab suci Al-Quran adalah menjadi panduan hidup yang menghubungkan manusia dengan Allah taala.Pencipta seluruh alam yang menghubungkan manusia dengan masyarakatnya. Oleh yang demikian umat islam seluruhnya selain membaca Al-Quran yang diturunkan oleh Allah dalam bahasa arab adalah dituntut mengetahui makna dan tafsirannya dalam bahasa sendiri supaya segala ajarannya dipatuhi dan diamal dengan sempurna. Hal ini telah ditegaskan dengan jelas dalam ayat ke 29 surah Al - Sad yang bermaksud
" Al - Quran ini sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu ( wahai Muhammad ) Kitab yang banyak faedah dan manfaat untuk mereka memahami dengan teliti isi kandungan ayat - ayatnya dan untuk orang - orang yang berakal sempurna beringat ( mematuhi ajarannya ) "
Dengan adanya penafsiran Al - Quran dalam beberapa tulisan seperti jawi, rumi, bahasa inggeris dan arab adalah diharapkan umat islam di negara ini dapat memahami isi kandungan Kitab Suci ini dengan lebih jelas dan mendalam seterusnya mereka akan bertambah tebal iman dan islamnya.
Untaian-untaian yang terdapat dalam Tafsir Fi Zhilalil Quran dibawah naungan Al-Quran contohnya memiliki untaian-untaian yang kental sehingga ketika seseorang membacanya seolah-olah dia berhadapan secara langsung kepada Allah kerana kita juga akan merasa betapa nikmatnya hidup dibawah naungan Al-Quran kerana tiada yang lebih berharga dan bererti dalam hidup seseorang hamba selain dapat berinteraksi dengan maha penciptanya melalui kalamnya iaitu Al-Quran.Hal ini menyebabkan orang yang membacanya merasa berada dibawah naungan Al-Quran satu perasaan yang telah dirasakan oleh al-Ustadz asy-Syahid Sayyid Quthb.
Kemunduran dan kelemahan umat islam pada zaman kebelakangan ini adalah akibat kecuaian mereka dalam mengamalkan segala prinsip-prinsip hidup yang dianjurkan Al-Quran. Kecuaian ini disebabkan kelemahan mereka dalam memahami dan menafsir maksud isi kandungan Al-Quran bahkan umat islam pada zaman kini tidak memberikan ketulusan hati dan penghormatan yang sepatutnya diberikan pada Al-Quran. Maka dengan ini jelaslah bahawa ilmu tafsir sangat penting dalam kehidupan harian manusia
https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
ReplyDeleteWeb: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Para akademik, para rektor universiti dan para mufti yang dimuliakan.
Tan Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan yang dimuliakan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.