x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 26, 2012

Filem Hoore! Hoore! ( Musikal )





td tengok filem hoore!hoore! kt cinema..klo xsalah pengarah filem ni cina...klo betol lah pengarah die cina mmg sangat respek pd dia..mmg ler kebanyakan pelakon wanitanya berpakaian jarang p citer ni sarat dengat pengajaran n bermain dengan emosi...bagaimana pengarah cina boleh buat citer melayu yg bgus sebegitu..kelakar sedih marah pon ade..ni filem musikal terbaik penah aq tengok...

sape belum tengok jngn lupe yer..


Sinopsis filem Hoore Hoore

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini akan menemui penonton pada 2012. 




Pelakon Hoore Hoore :Akim, kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik , Adibah Noor, Sahronozam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz




Wednesday, May 23, 2012

M.Nasir Menangis Terpilih Sertai ‘Imam Muda 3′

M.Nasir Menangis Terpilih Sertai 

‘Imam Muda 3′

KUALA LUMPUR: Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Mudamusim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut.
“Saya menangis saat diberitahu menjadi sepuluh peserta akhir Imam Muda kerana akhirnya saya dapat belajar daripada ilmuwan terbaik dari negara ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di sini pada Selasa.
M.Nasir merupakan satu-satunya peserta antarabangsa dalam sepuluh calon akhir program Imam Muda musim ketiga.
Ia bakal bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis sementara episod pengenalan akan muncul pada 28 Mei ini.
Pelancaran musim ketiga program berkenaan dilakukan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, untuk musim kali ini pihak produksi turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu.
Pihaknya juga turut menerima 301 penyertaan menerusi dalam talian dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia.
“Daripada jumlah itu tiga peserta telah berjaya menjadi sepuluh peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara dalam talian,” katanya.
Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kembalinya alumni musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).
Berbeza dengan musim terdahulu, Mudir dan dua orang Mursyid ini akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim sebelumnya.
“Seramai sepuluh orang Naqib daripada musim pertama dan kedua akan membimbing peserta kali ini dan pemilihan itu adalah untuk membolehkan mereka berkongsi ilmu dengan peserta baru,” ujarnya.
Sementara itu, Izelan berkata, Imam Muda kali ini akan bertemakan Perhubungan Keluarga dan bakal memberikan cabaran lebih hebat.
Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).
Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).
Imam Muda musim ketiga bakal dihoskan oleh Akhil Hayy.

Thursday, May 17, 2012

Kisdar Dinaik Taraf Jadi KUISAS




Tranformasi 
Kolej Islam Darul Ridzuan 
( KISDAR ) 
kepada 
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah 
( KUISAS )

Ditawarkan Program jurusan Diploma dan Degree. Dibuka juga kepada pelajar antarabangsa.
Antara jurusan yag ditawarkan ialah :

Fakulti Usuluddin
Diploma Usuluddin
Diploma Kaunseling Islam
Diploma Komunikasi Islam

Fakulti Syariah Islamiyyah
Diploma Syariah Islamiyyah
Diploma Pengajian Islam

Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Arab
Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab

Fakulti Pengurusan
Diploma Perbankan dan Kewangan Islam
Diploma Perakaunan
Diploma Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengurusan Muamalat

Fakulti Teknologi Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat 
* Kerjasama Universiti Utara Malaysia ( UUM )
Diploma Teknologi Maklumat
Diploma Sains Komputer dan Rangkaian

Kemudahan KISDAR / KUISAS





( Bilik Kuliah Berhawa Dingin)


\
( Maktabah / Perpustakaan Berhawa Dingin)


( Bilik Komputer Berhawa Dingin )


( Asrama Muslimin / Muslimat )

 ( Asrama Muslimin / Muslimat )

( Padang Hoki )


( Pusat Pentadbiran Kisdar )


\
( Masjid Kisdar )

( Masjid Kisdar )


( Auditorium Berhawa Dingin )

Lain - Lain Kemudahan
Cafeteria
Dewan Serbaguna Berhawa Dingin
Padang Bola
Wifi
Pengawal Keselamatan
Pengankutan
* Bas Kolej
*Buah Van Kolej
Bilik Av
dan lain-lain

( Muslimin )

( Muslimat )




p/s : Kolej Islam Darul Ridzuan adalah sebuah kolej yang menerapkan kerohanian dalam diri pelajar pelajarnya. Sesiapa yang berminat boleh memohon :

Diploma : sebelum / pada 31 Mei 2012
( ambilan Jun 2012 )
sebelum / pada 20 Oktober 2012
  ( ambilan Nov 2012 )
Ijazah Sarjana Muda : Sebelum / Pada 31 Julai 2012
 ( ambilan Sep 2012 )

sila klik KISDAR untuk memohon



~ Sejaya Explorasi Pulau Redang 2009 ~

( Masjid Kristal )















( Senior Pengawas Sukan )















( Pengetua ngn isteri n anaknya )


( Sangat Jernih )




( Pulau Redang )










~ Kenangan di Asrama Sejaya ~

( Pakat-pakat pakai baju asrama )

( Menonton Bola )

( Exco Asrama Sejaya 2009 )

( With my senior )





( Kelas Tambahan asyik kt kelas jee..sesekali kat Dewan Makan lak  pon best. With Mama Rini )


( Last day after SPM at Sejaya )









( Asrama Sejaya )

( Bacaan hadith )







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...