x tukar url

Wednesday, September 21, 2011

. Sejarah Penurunan Al – Quran Zaman Rasulullah


1.      Sejarah Penurunan Al – Quran Zaman Rasulullah
1.1.   Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah
1.2.   Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullahs.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yangditerimanya.
1.3.   Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat
1.4.   Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut
1.5.   pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

Saturday, September 17, 2011

Gaya Pemakaian Rasulullah

      

  Isbal (اَْلاِسْبَالُ) bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehingga diseret.
            Terdapat banyak hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama    Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh, ramai dikalangan mereka mengharamkan lelaki beriman dari mengisbalkan pakaiannya sama ada semasa bersolat atau di luar solat. Antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alahi wa-sallam:

         اَلاِسْبَالُ فِى اْلاِزَارِ وَالْقَمِيْصِ وَالْعِمَامَةِ وَمَنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَة


“Isbal kebiasaannya berlaku pada kain, baju dan serban. Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (berisbal) sedikit sahaja kerana kesombongan, Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat”.

     Rujukan:
            H/R Abu Daud. 4/353-354. No 4094
       An-Nasaii. Sunan. 8/208
       Ibn Majah. 2/1184. No 3576

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...