x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, September 17, 2011

Gaya Pemakaian Rasulullah

      

  Isbal (اَْلاِسْبَالُ) bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehingga diseret.
            Terdapat banyak hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama    Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh, ramai dikalangan mereka mengharamkan lelaki beriman dari mengisbalkan pakaiannya sama ada semasa bersolat atau di luar solat. Antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alahi wa-sallam:

         اَلاِسْبَالُ فِى اْلاِزَارِ وَالْقَمِيْصِ وَالْعِمَامَةِ وَمَنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَة


“Isbal kebiasaannya berlaku pada kain, baju dan serban. Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (berisbal) sedikit sahaja kerana kesombongan, Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat”.

     Rujukan:
            H/R Abu Daud. 4/353-354. No 4094
       An-Nasaii. Sunan. 8/208
       Ibn Majah. 2/1184. No 3576

Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

1 ulasan:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...