x tukar url

Friday, August 3, 2012

Imam Muda Jabbar Juara Imam Muda Musim Ketiga

Bersama Isteri n Puteri2 nya

Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Jabbar kerana  berjaya memenangi Program Imam Muda Musim ketiga..berdebar2 bile tengok rancangan ini.. bangga lah sangat coz Imam Muda Jababar ini adalah salah seorang pensyarah di kolej aku..kolej pe? dah tentulah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah ( KUISAS ) di perak..walaupun xajar aku p aku tetap bangga..hehehe

SETELAH sembilan minggu para peserta atau Imam Muda berada dalam program realiti yang masih menjadi fenomena di negara ini, Iman Muda, perjuangan mereka telah berakhir semalam.
Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi menjadi saksi Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, atau Imam Muda Jabar dinobatkan juara ketiga program realiti tersebut selepas Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagai juara untuk dua musim sebelum ini.

Ternyata keputusan lelaki dari Selangor itu meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua orang anak kecil serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program Imam Muda musim ketiga nampaknya tidak sia-sia.

Mengulas tentang kemenangannya, Jabar melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi. Dia menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah.

“Saya memanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada Allah Taala. Rasa syukur dan terima kasih atas segala doa dan sokongan peminat Imam Muda, terutamanya ibu bapa dan keluarga.
“Kemenangan ini adalah permulaan untuk menghadapi arena dakwah yang lebih mencabar. Biarpun melalui pelbagai cabaran sebelum dan semasa berada dalam program ini, saya nekad untuk terus berjuang atas nama dakwah.

Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27, sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21, menduduki tempat ketiga.

Terdahulu, Kemuncak Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menyaksikan tiga peserta bersaing pada pusingan final.Mereka ialah Mohammad Hafiz dari Kuala Lumpur, Abdul Jabbar (Perak) dan Abdul Rahman Naufal (Johor).

Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.
Tempat ketiga turut memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Bagi yang ketinggalan menonton final Imam Muda, anda masih boleh mengikuti siaran ulangan hari Sabtu, 4 Ogos ini pukul 5.30 petang atau hari Ahad 5 Ogos 2012 pukul 10 pagi di Astro Oasis (Saluran 106).


Apa yang menarik tentang
 Imam Muda Jabbar??


# Nama Penuh : Abdul Jabbar B Mohammed Kahar
# Nama Timbangan : Jabbar
# Umur 28 Tahun
# Tarikh Lahir  30 Januari 1982
# Orang Kajang Selangor
# Merupaka Penolong Pensyarah Di Kolej Islam Darul Ridzuan ( Kisdar )
/ Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah ( Kuisas)
# Pendidikan Al - Madinah International University ( Mediu ) serta Universiti Islam Madinah
# Sudah Berkahwin dan Dikurniakan 2 Orang Puteri
# Peserta Paling Tua (kalo salah betolkan ea)

Apa Yang Lagi Menarik??

Pada Mulanya Ustaz Abdul Jabbar ini hanya lah diberikan amanah untuk mengajak pelajar2 Kolej Islam darul Ridzuan ni g uji bakat yg dibuat di kolej tersebut..last2 die diajak oleh pihak astro untuk cuba nasib..dah rezeki beliau Alhamdulillah masuk secara kebutalan dan suka2 akhirnya membuahkan hasil kejayaan..
lagi satu khutbah juamaat ustaz jabbar sangat asyik kami mendengarnya..:)

p/s :  tengok isu cam Imam Muda Naufal Favourite ramai p bukan rezeki die..insyaAllah jalan dakwah beliau tidak terhenti..

Gallery Instinct De Hearty




Ujian Imam Muda 3



Program Di KISDAR


Kenangan Bersama Pelajar dan Staf KISDAR

JUARA IMAM MUDA MUSIM KETIGA
IMAM MUDA JABBAR 


Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...