x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 5, 2012

Dakwah Dengan Hikmah

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Mana usahanya?

Tanpa ilmu agama.
Tanpa amal.
Maka bagaimana layak untuk kahwin awal?
Diri sendiri, tidak terbimbing, bagaimana mahu membimbing?
Ini bukan syarat pelik-pelik.
Ini cuma untuk renungan dan munasabah diri.
Berkahwin melengkapkan separuh dari agama.
Maka bagaimana status agama orang yang ingin menyegerakan perkahwinan itu sebelum berkahwin?


Tidak ada larangan untuk berkahwin awal.
Untuk yang sudah sedia, sudah layak, sudah mampu, yang yang paling utama agaknya; yang sudah bertemu cinta hati,
Maka berkahwinlah kamu.
Ikutlah sunnah Nabi itu, dan lengkaplah separuh dari agamamu itu.
Siapa pun pasti menginginkan kebahagiaan itu.
Menikahi insan yang dicintai, hidup bersama.
Tapi jangan lupa, perkahwinan harus dirancang hingga ke syurga, bukan sehari dua.


Bagi wanita,
Tanya diri, sudah sediakah aku menjadi isteri, menjadi ibu?


Bagi lelaki,
Tanyalah diri, sudah siapkah aku menjadi suami, menjadi imam dan tulang belakang seorang perempuan yang aku cintai?

Menjadi ketua keluarga, memikul amanah dan tanggungjawab dari pihak ibu bapa dan darinya?

 Bila sudah sedia, berkahwinlah! 
Semoga kamu memperoleh bahagia, dunia dan akhirat, bersama si dia yang kamu cintai.




Harapan Emas Olimpik Malasyia


Azizulhasni Awang Pocketrocketman

Adakah Azizulhasni akan menjadi anak Malaysia yg menjadi lagenda negara membawa pulang Emas Olimpik Negara?
sama - sama kita nantikan..

Tahniah Lee Chong Wei




EMAS yang diimpikan, perak yang menjelma.
Semuanya musnah dan impian rakyat Malaysia yang mengharapkan pingat emas pertama Sukan Olimpik menerusi acara badminton berkecai.

Sukan Olimpik 2012 London merupakan medan terbaik untuk membawa pulang pingat emas pertama itu tetapi hajat besar itu tidak kesampaian.

Datuk Lee Chong Wei yang dipertaruhkan untuk merealisasikan hajat besar itu, gagal menyempurnakannya selepas tewas kepada Lin Dan dari China pada final acara perseorangan lelaki di Arena Wembley semalam.
Chong Wei tewas dalam permainan tiga set, 21-15, 10-21, 19-21 pada perlawanan yang mengambil masa 79 minit.

Dengan kekalahan tersebut, Chong Wei mengekalkan pingat perak yang dimenanginya pada temasya yang sama di Beijing empat tahun lalu.
.
"Saya kecewa kerana gagal merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang datang ke London ini untuk memberi sokongan kepada saya.

"Saya telah memberikan yang terbaik tetapi Lin Dan terlalu bagus hari ini," kata Chong Wei.
Menurut Chong Wei, keyakinannya cukup tinggi untuk memenangi perlawanan tersebut dan apa yang dirancang pada perlawanan set pertama semuanya nampak berkesan.

"Namun, pada set kedua, Lin Dan bangkit dengan rentak permainan yang lebih pantas. Serangannya juga banyak mematikan pergerakan saya,""katanya.

Chong Wei juga menjelaskan bahawa prestasinya pada Olimpik London lebih baik berbanding persembahannya di Beijing empat tahun lalu.

SIAPA KINI HARAPAN EMAS OLIMPIK 
MALAYSIA !!

Sudah tentulah Azizulhasni Awang Thepocketrocketman


Nikmat nya Berpuasa


PUTRAJAYA: “Bila berpuasa baru saya tahu erti nikmat. Ketika berbuka air kosong pun rasa sedap dan manis, malah berpuasa juga mengajar saya mengenai erti cinta dan menghargai orang lain terutama ibu bapa,” kata gadis Tionghua, J Sze, 21, yang mula belajar berpuasa sejak tahun lalu walaupun bukan beragama Islam.
J Sze, penuntut tahun dua di Maktab Perguruan Cheras, Kuala Lumpur mengakui dia mula berpuasa sekadar terikut-ikut dengan rakan Melayu yang berpuasa, selain ingin mengetahui perasaan mereka ketika menjalani rukun Islam ketiga itu, lalu mencabar diri untuk berpuasa bersama mereka.


Katanya, selepas berjaya berpuasa dia menemui apa maksud nikmat terutama ketika berbuka, apabila makanan dan minuman yang dinikmati ketika itu terasa amat berbeza dan dia dapat merasai keenakan, kesedapan dan kemanisan air kosong yang diminum.

“Tegukan pertama air terasa amat manis dan sedap. Itulah kenikmatan yang belum pernah saya rasai sebelum ini, jika saya tidak berpuasa tidak mungkin saya dapat merasainya. “Daripada berpuasa juga saya belajar bagaimana menghargai dan memahami maksud cinta sebenarnya. Saya belajar menghargai air yang mungkin satu hari nanti sukar mendapatkannya, rakan-rakan, masyarakat dan ibu bapa yang mungkin akan meninggalkan kita satu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di sini, kelmarin.


Anak gadis yang enggan gambarnya dirakam berkata, dia mula berpuasa penuh sejak tahun lalu, namun tahun ini berhasrat untuk memperbaiki puasanya supaya lebih sempurna dengan menjaga tingkah laku, perkataan, perbuatan dan berpakaian.



Katanya, banyak faedah dan manfaat yang diperoleh jika seseorang berpuasa kerana mereka dapat merehatkan anggota dalaman badan yang sudah hampir setahun beroperasi memproses makanan.

“Bagi saya berpuasa sangat bagus untuk badan kita yang sudah bekerja keras selama 11 bulan. Namun, sepatutnya kita hanya berpuasa tidak makan dan minum, tetapi mesti menjaga tingkah laku, percakapan, pemikiran dan pandangan.


“Itu sebab saya kata bagus sebab kita mengambil berat semua aspek dalam kehidupan seharian supaya puasa kita diterima,” katanya yang masih dalam proses mendalami agama Islam.

J Sze berkata, ibu bapa dan keluarganya menerima dengan hati terbuka dan tidak menghalang tindakannya untuk berpuasa selepas dimaklumkan mengenai kebaikan dan manfaat yang diperoleh sekiranya seseorang itu berpuasa.


Menurutnya, ramai kawan bukan Islam yang mempersoalkan tindakannya berpuasa sedangkan dia bukan beragama Islam dan tidak wajib melakukannya.



“Sebab itu mentor saya, sifu Naser ada memuat naik video mengenai pengalaman saya berpuasa ke laman sosial YouTube untuk memaklumkan rakan-rakan bukan Islam mengenai kebaikan berpuasa dan kebaikan yang diperoleh.



“Ia juga sebagai satu usaha untuk menarik mereka sama-sama berpuasa supaya dapat merasai sendiri pengalaman berlapar dan dahaga sepanjang hari demi kebaikan sendiri,” katanya.



Katanya dia gemar ke bazar Ramadan kerana mempunyai pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati ketika berbuka bersama rakan-rakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/06

SUMBER : MYMETRO


“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12

Jom Masuk Bloglist OGOS Santai Leeza



Haha..mmg santai
tarikh tutup : 14 Ogos

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya


 Tamat : 25 Ogos 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...