· Ibnu Umar (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersifat sangat malu sehingga beliau tidak memandang seseorang itu dengan tepat pada wajahnya yakni Baginda S.A.W tidak merenung tepat ke arahnya.
· Abu Sa'id Khudri (r.a) meriwayatkan bahawa :
"Sifat malu Rasulullah S.A.W mengatasi sifat seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah, "Jika Baginda S.A.W tidak menyukai sesuatu kami dapat mengetahuinya melalui wajahnya disebabkan sifat pemalunya, Baginda S.A.W tidak suka menyatakan sesuatu yang Baginda S.A.W tidak suka".
· Aisyah (r.a) meriwayatkan bahawa :
"Justeru sifat pemalu Rasulullah S.A.W yang teramat sangat, beliau tidak berani melihat atau pernah melihat bahagian sulit Baginda S.A.W".
0 ulasan:
Post a Comment