Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin
Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar
bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
1.Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di
bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan
rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "
2. "Yang kedua," kata Ibrahim,
"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di
bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "
Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan
rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?
"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin
Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan
melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar,
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan
memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu
tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
5.Ibrahim pun menjawab,
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak
kehendaknya. "
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.
Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat
kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Wallahua'lam"
p/s: wahai sahabat sekalian.. SUCIKANLAH 4 HAL DENGAN 4
PERKARA..
♥
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..♥
♥
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu..♥
♥
Hatimu takut dan gementar dengan kehebatan Rabbmu..♥
♥ Dan
dosa-dosa yang silam.. disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu...
Copy from some1
0 ulasan:
Post a Comment