x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 9, 2012

Wanita Berniqab??




seringkali diriku mendengar wanita berniqab kerana inginkan kecantikan nya hanya dilihat oleh suaminya,,,ingin mengelakkan fitnah dan bermacam2 lagi..tapi bagaimana pula wanita berniqab yg suke upload gambar mereka di fb mahupun apa2 jua media massa...tankap gambar smbil berposing sakan dan letak caption kecantikan ku hanya untuk suami ku..ait...abis yg di upload tuh cmne?kadang2 kala gambar yg diupload tu mengundang fitnah..lelaki2 yg alim mahupun x dok mengorat..bermula lah kata2 islamic abis semua sastera arab dikeluarnya..hadith2 n ayat quran pon de...dengan harapan ingin menaik minat wanita tersebut...sedarkah dikau ia boleh mengundang fitnah? dan agak jelik ade komentar2 dari lelaki pd gambar itu "subhanaALLAH cantik sungguh ciptaan tuhan ana teringin mempunyai isteri seperti ini..boleh kenal?" perlu ke?xblh ker sekadar ucap dlm hati ? hmm...zaman sekarang...

Saturday, December 8, 2012

Video Klip Power Kaabah Kumpulan Al - Arqam?





Hayati lirik klip video diatas dan berhati-hati dikhuatiri anda boleh tersesat jika termakan dakyahnya. Antaranya berbunyi, kuasa Allah hanya ada di kaabah? Allah dan Rasulullah sudah tiada lagi? Memang gila punya lirik!


Dakwaan mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW cerita karut, sesat

KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan.
Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad.


Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat ‘power Kaabah’ ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi.

Pengakuan Hatijah yang kini berada di Makkah, Arab Saudi, itu dikeluarkan dalam majalah Bebaskan Kaabah (Dari Wahabi) dan Dokumentari Putra Bani Tamim keluaran Global Ikhwan yang hanya diedarkan kepada pengikut bekas Al-Arqam.

Hatijah mendakwa beliau menelefon Rasulullah melalui hatinya (secara ghaib) sehingga terhasil surat kepada pemimpin Vatican itu sebagai hadiah istimewa Nabi kepada umatnya.

Surat itu antara lain mengecam bangsa Yahudi kerana membuat kerosakan di muka bumi, turunnya Imam Mahadi dalam masa terdekat serta pengesahan baginda mengenai ghaibnya Asaari dan bukannya meninggal dunia.
Antara kandungan surat didakwa daripada Nabi Muhammad itu seperti disiarkan dalam Dokumentari Putra Bani Tamim; “Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka di saat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di televisyen kamu semua bahawa Abuya sudah mati. Maka tertipu lagilah kamu wahai orang yang memerangiku oleh Allah yang Maha Pandai menipu daya itu.

“Cuba kamu berfikir masakan orang ditugaskan Allah dan Rasul untuk menyempurnakan jadualnya itu boleh mati sebelum kejayaannya.”

Berhubung dengan ‘power Kaabah’, Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti ‘power Kaabah’ sudah dibuka olehnya.

“Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata Hatijah dan juga bekas pemimpin Al-Arqam sentiasa mengeluarkan cerita karut supaya pertubuhan itu akan diingati.

“Dia sudah tidak dapat sokongan dan Al-Arqam sudah dilupakan, jadi dia keluarlah cerita karut ini,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, berkata, dakwaan Hatijah itu adalah satu pembohongan besar dan menyesatkan.

Harussani berkata, bagaimana seseorang itu boleh menghubungi Nabi Muhammad yang sudah meninggal dunia sejak beribu tahun yang lalu iaitu pada tahun ke-11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 yang mengharamkan pertubuhan itu kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam dan boleh menyebabkan syirik.

“Segala pandangan dan risalah yang dikeluarkan oleh kumpulan itu adalah salah dan menyeleweng daripada akidah. Dulu Asaari pun pernah mengaku berjumpa Nabi Muhammad secara sedar dan kini Hatijah pula membuat dakwaan sebegitu,” katanya.-BH13/11


Korang baca sendiri kot2 korang boleh faham la kan ;

Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Pasti ada dan telah ada…
Masakan Kaabah tiada power
Sedangkan sabun pun ada power
Power Allah itu di rumahNya


Rumah Allah di Ummul Qura
dialah yang menarik hati
ummat Islam seramai itu
untuk ke Kaabah


Kalau Kaabah tiada power
Hati-hati berbagai bangsa
ditarik ke Mekah dan Madinah
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?


Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan


Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu


Yahudi jelas melakukan khianat
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya


Allah dilenyapkan dari Kaabah
Kaabah jadi tiada power
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah


Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya
Yang hanya ada udara Yahudi
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah
dan Rasul sama sekali


Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…


Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah
Ketika Tawaf Qudum
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi
Dan Roh Putera Bani Tamim
Itulah dia Power Kaabah
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh
Menjadi peribadi Agung
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…


Wahai saudara Rasulullah
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah
Roh itu akan menyusup ke hatimu
Untuk disucikan ditingkatkan


Untuk sampai hatimu berubah
Berubah menjadi Kaabah
Maka Allah pun kekal dikenang
dan tidak akan putus lagi


Power Kaabah akan bebaskan Kaabah
Power Kaabah akan satukan Ummat
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam
Menjadi Daulah dan Empayar Islam


Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah…
Gunalah Power Kaabah…






Muhasabah Diri


Monday, December 3, 2012

Result Sem 4 Sudah Dapat



Salam Ukhuwah rakan rakan blogger....tanggal 3/12/2012 bermulalah semester baru ku di Kolej Islam Darul Ridzuan...hehe..pagi2 jer kami satu rumah sudah semangat untuk mendaftar coz pagi tuh kami akan dapat result....berdebar2 aku bile nak amek result sem 4 yg lepas...arhhh..ya Allah adakah result ku sangat teruk?

langkah ku keluar dari rumah dengan mengucapkan ungkapan doa ya Allah aku tahu aku tidak buat yg terbaik pada semester lepas iaitu sem4 kerana berhadapan masalah peribadi sehinggakan satu ketika aku give up..akan tetapi alhamdulillah pensyarah kesayangn ku memberikan semangat kepada diriku...kau bantulah aku yaAllah..dalam 10 subjek yg aku ambil hanya dua yg aku akui itu sahaja yg boleh aku buat terbaik..nak tahu subjek ape?

*Akidah Kenabian dan Samiyyat*
Bahasa Arab Untuk Pengajian Islam target 4.00 
*Dakwah Islamiah 
*Fiqh Ibadat*Hafazan Al-Quran 
*Intermediate English* 
Isu-Isu dan penyelidikan Dalam Bimbingan dan Kaunseling target 4.00 
*Perkembanagn Kerjaya 
*Tafsir Tematik 
*Sahsiah dan Keterampilan IV

Dengan menunggang motor kesayangan ku aku redha dengan segala ketentuan mu...


Berdebar debar aku beratur mengambil result..adakah sem 4 aku blh mencapai pointer 4.00 seperti sem 3?adakah aku gagal sem 4 ni?

Ya ALLAH

aku bersyukur...walaupun result ku jatuh merudum tetapi aku masih mampu mencapai ponter 3.44!!
tidak ku sangka...aku mendapat 5A 2b 2C dan lulus..dan aku mendapat 4.00 untuk 4 subjek..syukur...alhamdulillah..
insyaAllah sem 5 ni akan aku buat yg lebih baik terutama kan tesis...cepat habis insyaALLAH ader yg sudi ader jodoh kahwin ler..:)

Monday, November 26, 2012

Tips Cinta Suami Isteri ♥







1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan

Friday, November 16, 2012

5 SYARAT UNTUK BERMAKSIAT





Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam"

p/s: wahai sahabat sekalian.. SUCIKANLAH 4 HAL DENGAN 4 PERKARA..

♥ Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..♥
♥ Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu..♥
♥ Hatimu takut dan gementar dengan kehebatan Rabbmu..♥
♥ Dan dosa-dosa yang silam.. disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu...

Copy from some1








Tuesday, October 30, 2012

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus


13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :






1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

p/s : Selamat beramal. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...