x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 6, 2012

ANTARA COUPLE, LEMBU, ANJING & B.A.B.I





ANTARA COUPLE, LEMBU, ANJING & B.A.B.I

Lembu : Hai anjing, apa kabar? Macam ada yang tak kena jer?

Anjing : Aku tengah tension ni. Mau ja aku gigit manusia tadi.

Lembu : Eh, kenapa ?

Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki & perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki Terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing!!! Pergi jauh-jauh!!! Najis!!!”

Lembu : Iya lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

Anjing : Kalau aku najis sekali pun, kalau dya tersentuh aku, boleh disucikan kan?.. Yang dia sentuh & raba -raba awek dya tu apa? Boleh ker nak disucikan?

Lembu : Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan sah lebih dasyat kenajisannya daripada memegang kau anjing,,, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

Anjing : Wah…Ayat ko memang power la. Cayalah Lembu !!! ::.kikiki.::

ANJING dan B.A.B.I adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kekuatan manusia adalah pada iman dan akal fikiran. Menilai sesuatu perkara baik dan buruk, kemudian baru tindakan di buat. Ini adalah perbezaan di antara pegang ANJING dan B.A.B.I berbanding pegang BUKAN MAHRAM...

Sekiranya kita saja PEGANG ANJING atau B.A.B.I :

1) TAK BERDOSA

2) KENA SUCIKAN

3) BERDOSA JIKA KITA MAKAN DAGING

Sekiranya kita pegang BUKAN MAHRAM :

1) BERDOSA

2) AURAT TIDAK DIJAGA, TENGOK HARAM

3) BERDUA-DUAAN BERPEGANG TANGAN BOLEH TIMBUL FITNAH DAN HARAM

4) MENGHAMPIRI ZINA YANG BOLEH TERJEBAK DENGAN ZINA YANG KEJI

5) KENA MINTAK AMPUN KEPADA ALLAH DENGAN BERTAUBAT

“Bergerombolan dengan b.a.b.i (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa-rupanya ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...