Kisah Khalifah Umar bin al-Khattab yang disebut oleh Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam I’lam al-Muwaqi’in bagaimana satu hari beliau bangun berucap di hadapan rakyatnya sambil berkata:
“Hendaklah kamu dengar dan taat!”. Tiba-tiba sahabat Nabi s.a.w yang lain, iaitu Salman al-Farisi bangun dan berkata: “Kami tidak mahu dengar”. Umar pun bertanya: “Mengapa wahai Salman?”. Jawab Salman: “Engkau membahagikan kepada rakyat pakaian seorang sehelai, sedangkan engkau mengambil sebanyak dua helai”. Jawab Umar: “Sabar wahai Salman!. Lalu Umar berkata kepada anaknya: “Wahai Abdullah (bin ‘Umar), beritahulah dia bahawa pakaian yang aku pakai ini adalah bahagian engkau yang engkau berikan kepadaku”. Jawab Abdullah bin ‘Umar: “Ya, demi Allah”. Jawab Salman: “Kalau begitu, silakan, kami mendengar (taat)”.
0 ulasan:
Post a Comment