x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 8, 2012

Video Klip Power Kaabah Kumpulan Al - Arqam?





Hayati lirik klip video diatas dan berhati-hati dikhuatiri anda boleh tersesat jika termakan dakyahnya. Antaranya berbunyi, kuasa Allah hanya ada di kaabah? Allah dan Rasulullah sudah tiada lagi? Memang gila punya lirik!


Dakwaan mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW cerita karut, sesat

KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan.
Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad.


Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat ‘power Kaabah’ ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi.

Pengakuan Hatijah yang kini berada di Makkah, Arab Saudi, itu dikeluarkan dalam majalah Bebaskan Kaabah (Dari Wahabi) dan Dokumentari Putra Bani Tamim keluaran Global Ikhwan yang hanya diedarkan kepada pengikut bekas Al-Arqam.

Hatijah mendakwa beliau menelefon Rasulullah melalui hatinya (secara ghaib) sehingga terhasil surat kepada pemimpin Vatican itu sebagai hadiah istimewa Nabi kepada umatnya.

Surat itu antara lain mengecam bangsa Yahudi kerana membuat kerosakan di muka bumi, turunnya Imam Mahadi dalam masa terdekat serta pengesahan baginda mengenai ghaibnya Asaari dan bukannya meninggal dunia.
Antara kandungan surat didakwa daripada Nabi Muhammad itu seperti disiarkan dalam Dokumentari Putra Bani Tamim; “Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka di saat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di televisyen kamu semua bahawa Abuya sudah mati. Maka tertipu lagilah kamu wahai orang yang memerangiku oleh Allah yang Maha Pandai menipu daya itu.

“Cuba kamu berfikir masakan orang ditugaskan Allah dan Rasul untuk menyempurnakan jadualnya itu boleh mati sebelum kejayaannya.”

Berhubung dengan ‘power Kaabah’, Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti ‘power Kaabah’ sudah dibuka olehnya.

“Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata Hatijah dan juga bekas pemimpin Al-Arqam sentiasa mengeluarkan cerita karut supaya pertubuhan itu akan diingati.

“Dia sudah tidak dapat sokongan dan Al-Arqam sudah dilupakan, jadi dia keluarlah cerita karut ini,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, berkata, dakwaan Hatijah itu adalah satu pembohongan besar dan menyesatkan.

Harussani berkata, bagaimana seseorang itu boleh menghubungi Nabi Muhammad yang sudah meninggal dunia sejak beribu tahun yang lalu iaitu pada tahun ke-11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 yang mengharamkan pertubuhan itu kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam dan boleh menyebabkan syirik.

“Segala pandangan dan risalah yang dikeluarkan oleh kumpulan itu adalah salah dan menyeleweng daripada akidah. Dulu Asaari pun pernah mengaku berjumpa Nabi Muhammad secara sedar dan kini Hatijah pula membuat dakwaan sebegitu,” katanya.-BH13/11


Korang baca sendiri kot2 korang boleh faham la kan ;

Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Pasti ada dan telah ada…
Masakan Kaabah tiada power
Sedangkan sabun pun ada power
Power Allah itu di rumahNya


Rumah Allah di Ummul Qura
dialah yang menarik hati
ummat Islam seramai itu
untuk ke Kaabah


Kalau Kaabah tiada power
Hati-hati berbagai bangsa
ditarik ke Mekah dan Madinah
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?


Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan


Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu


Yahudi jelas melakukan khianat
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya


Allah dilenyapkan dari Kaabah
Kaabah jadi tiada power
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah


Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya
Yang hanya ada udara Yahudi
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah
dan Rasul sama sekali


Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…


Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah
Ketika Tawaf Qudum
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi
Dan Roh Putera Bani Tamim
Itulah dia Power Kaabah
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh
Menjadi peribadi Agung
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…


Wahai saudara Rasulullah
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah
Roh itu akan menyusup ke hatimu
Untuk disucikan ditingkatkan


Untuk sampai hatimu berubah
Berubah menjadi Kaabah
Maka Allah pun kekal dikenang
dan tidak akan putus lagi


Power Kaabah akan bebaskan Kaabah
Power Kaabah akan satukan Ummat
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam
Menjadi Daulah dan Empayar Islam


Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah…
Gunalah Power Kaabah…






Muhasabah Diri



Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

2 ulasan:

  1. Tak pelik. Pelik bagi orang sekular, tak pelik bagi orang islam terutama orang sufi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...