untuk pengetahuan umum artikle sebelum ini telah ana edit memandang kan ramai salah paham ngn isu couple...so disini ana hanya tinggal kan isu berkaitan zina hati yg ana hanya copy pade satu laman blog,,
untuk mmahami erti sbenar zina hati serta ......slmt sAbar mmbce..(^_^)
untuk mmahami erti sbenar zina hati serta ......slmt sAbar mmbce..(^_^)
Assalamualaikum semua..
Kawan-kawan.. Baru-baru ini, saya ada terbaca salah satu post dalam ruangan group ini yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana, saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak berkongsi ilmu yang saya terima..
MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI
Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”
Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.
Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.
Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.
Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.
MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).
Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).
Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)
Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.
Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً
Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.
Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).
Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.
Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).
Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).
Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.
Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.
Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.
EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI
“Melihat perempuan itu haram”
“Mendengar suara perempuan itu haram”
“Mengingati bayangan perempuan itu haram”
“Semua itu adalah zina”
Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.
Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.
Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?
Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.
Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.
Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.
Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.
SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?
Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).
Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).
“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).
Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).
Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى
(31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ......
Maksudnya: Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…
Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:
نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).
Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).
Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.
-Semoga setiap persoalan yang bermain di fikiran kita, akhirnya dapat dileraikan.. InsyaAllah..-
subhanallah...saudara..ana mohon copy and paste ya...syukran...
ReplyDeletesubhanallah ^^ .. post yg brguna .. mhon share yer :) .. syukran jazilan
ReplyDeletenk copy ye..sbb nk btolkn pndangan org yg kolot tntg zina ht.
ReplyDeletealhamdulillah.......ilmu baru dapat .....smga ALLAH sentiasa memelihara kita didunia dan akhirat..... :) insyaALLAH
ReplyDeletesebelum tu kan..boleh tahu sumber ni amik kat mana??i mean..laman web yang ustaz tu bagi jwpn ni..=)
ReplyDeletebukannya kolot..tetapi ambil sikap berhati2...ingat bahawa syaitan itu licik.. memang benar hujah dan dalil diatas.. tapi nak ty, berapa ramai yg keluar dating tanpa nikah.. keluar berdua-dua pulak tu..islam syariatkan kita bawak mahram yg lain.. pikir2kan juga..jgn sehinggatu pun lepas bertunang..jd bukan x bersetuju..tp skadar pandangan manusia hina..seperkara lagi..tutup aurat itu wajib..sehelai rambut wanita yg dilihat lelakibukan mahram..dosanya 10x..:)
ReplyDeleteassalam .. boleh ana dapatkan url ustaz yg enta tanya tu ? ,, ingat dalam menuntut ilmu , kita di galakkan bertanya lebih dari seorang ustaz :) pandangan semua beza dan kita buat rumusan yang bernas dan tak lah mengelirukan..ada benarnya tentang entry ini .. tapi enta cakap couple bukan zina , ingat enta kalau benda tuu salah dan ramai yg ikut , enta juga dapat sahamnya :) . Allah kata JANGAN dekati zina , dan couple salah satu jln untuk dekati zina .. Allah yg menciptakan kita dan Dia tahu apa lemahnya kita macam Adam yg perlukan Hawa tu fitrah kita .. ana harap enta selidik balik tentang tajuk ne .. sekadar pandangan dari hamba Allah dan Ummat Muhammad yg lemah lagi hina ,, sekian .
ReplyDeletesalam..ape yg ana fokus kan diatas sebenarnya adalah lebih kepada ape itu zina sebenarnya..selalu org berkata ble kter teringat pade ajnabi tu zina hati n ble kiter terpandang ajnabi tuh zina mata...so diatas menghuraikan sume tuh,
ReplyDeletepasal cple...cube faham...mmg betol ramai kluar dating n etc lah...ana x nafikan..p cbe faham ana cakap..pada dasarnya mencintai o cple bg ana x salah..p jaadi haram atas ape perbuatan kiter
(Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??
Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.
Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.
Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.)
ia sebenarnya terpulang pd iman kiter..lagi pon istilah cople ni hanya lah istilah english yg bermksd pasangan sama juga maksdnya ngn partner...
ana mempunyai seorg kawan..perempuan..die cople..tapi ana rspect..die xpenah pon mk teringat2 bf nyer...die tau jika die lebih2 maka hukumnya haram..die jage perasaannya..die jaga batas pergaulan.die xpenah nk panggil syg o etc..rase ana die juga x penah dating...just atas dasar cinta die cple coz klo nk bertuang laki tuh belum habis belajar..mereka just harap word cople tu blh buat diri mere tidak diganggu oleh org bukan mahram n boleh jage iman mereka..so ape yg haram?
istilah haram cople pada zaman ini mungkin disebabkan jarang ada org yg cple yg boleh jage batas..kebanyakannya langsung xblh jage batas terutama peasaan...bukan kebanyakan..p ana rase hampir sume...so terpulanglah..just ape yg ana tekan kan diatas adalah mksd zina itu sendri.waALLAH hu ta'ala a'lam
Assalamualaikum w.b.t..Saudara bleh sy copy and pastekah...apanama...artikelnie...??
ReplyDeleteterima kasih atas artikel nie..
ReplyDeletememang sgt berguna..
bwu sye faham erti sebenar zina hati..
assalamualaikum, entry yang bermakna,:) cinta memang fitrah, dan mencintai seseorang itu memang indah, tapi bagaimana jalannya percintaan antara seseorang pasangan itu diredhai? betulkah jalannya dengan berkahwin?
ReplyDeletesaya ade seorang kawan datang kepada saya, mengatakan, dia runsing kerana dia mencintai seseorang lelaki, tetapi buntu, bagaimana cinta itu boleh diekspressikan? lalu jawapan saya ialah, apabila berdoa, ingatlah dia, doakan kebahagiaannya, dan cintailah dia kerana ahklaknya, dan ikuti lah (copy) dia apa yang buat dia menarik untuk awak"
untuk wanita(kawan saya nie) dia tak bagitau pun kat lelaki tu akan perasaan dia, tapi saya mengatakan padanya,mungkin itu langkah terbaik.. kerana lepas kite saling bagitau perasaan masing2, apa langkah seterusnya untuk perhubungan selepas itu? wanita ini tak kata apa2, tapi insya allah, mungkin dia tahu makna saya..
apabila kita mencintai seseorang itu, sudah tentu aktiviti2 seterusnya dilakukan untuk meneruskan perhubungan ini,
percintaan yang saudara cuba terangkan di dalam entry ini adalah jalan yang baik :) , persoalannya, apakah rakan2 kita yang masih lemah iman nya mampu melayari bahtera percintaan?
nabi memang mengatakan cinta itu fitrah, dan mencintai seseorang itu sebelum berkahwin adalah normal, tetapi, DENGAN CARA YANG BAGAIMANA KITA HENDAK MENJALINKAN PERASAAN BERCINTA?
dalam kesah sahabat nabi yang saudara ceritakan diatas, percintaan itu ialah PERCINTAAN SEBELAH PIHAK.. bermakna, (seperti kawan saya ni la) tiada langkah drastik yang mampu dilakukan selain mencintai diri wanita/lelaki itu dari jauh.. seperti mendoakan kebahagiannya..
bagaimana dengan pelajar2?
pelajar2 sekolah?
golongan2 yang masih belum mampu mendirikan rumah tangga?
bukan saya berkeinginan untuk mengkondem golongan diatas ketika bercinta, kerana bercinta itu fitra, tetapi apakah couple itu dibenarkan?>
apa makna bercouple??saya yakin para pembaca entry ini dan saudara juga memahami...
untuk itu, konklusi nya, saya mengucapkan syabas kerana mampu menguraikan definasi cinta, dan fitrah bercinta. tetapi semoga entry ini tidak dijadikan alasan anak2 muda untuk bercouple dan mendorong kepada perkara2 yang ditegah..assalamualaikum :D
"nice explaination by da way,nk tambah sikit aji no moto n garam :p letak akal di depan, letak islam di sekelilingnya.. perasaan mesti layan. baru okey! sia2 jadi manusia kalo x layan perasaan, cuma ada batasannya :) :)"
ReplyDeletehehe, nie kawan saya nye ucapan, dia tak de account, so saya tolong sampaikan di blog saudara :D
salam..setuju dgn hasif..
ReplyDeleteseolah2 membenarkan kapel islamik dlm klgn pljr...
"ana mempunyai seorg kawan..perempuan..die cople..tapi ana rspect..die xpenah pon mk teringat2 bf nyer...die tau jika die lebih2 maka hukumnya haram..die jage perasaannya..die jaga batas pergaulan.die xpenah nk panggil syg o etc..rase ana die juga x penah dating...just atas dasar cinta die cple coz klo nk bertuang laki tuh belum habis belajar..mereka just harap word cople tu blh buat diri mere tidak diganggu oleh org bukan mahram n boleh jage iman mereka..so ape yg haram?"
.tak mengapalah kalau kawan penulis tu kuat iman dan mampu utk menahan nafsunya..tapi setahu saya,org bila dah faham islam,dia akan letakkan cinta Allah yg utama diikuti rasul dan jihad (9:24)..baru la pada kekasih,etc..saya juga takut klu pelajar sekolah lain yg tak berapa faham dan matang,menggunakan hujah penulis utk bercinta ..xpe la,soal hati,tak de siapa yg tahu,kecuali diri sendiri dan Dia yg hakiki.mungkin mulut boleh mengatakan hati tidak mengingati si dia,tapi hati?jujurlah pada diri wahai insan yg pernah bercinta dgn yg bukan mahram....
muhammad zulhilmi: ada yg copy paste n ade yg ana tambh..ana x ingt artikl nyer
ReplyDeletehanz_alias:ia ana akui..mmg zaman ini susah kiter nk jumpe org yg jge batas2 pergaulan jika bercple..ana x nafikan..coz itu cple diharamkan..coz xde org..bukn xde tpi sangat sukar tok jumpe og yg jge..mcm dalam entry ana pasa kwn ana tuh...die bru seorg yg ana jumpe berjaya jage batas2 dlm bercple..coz itu ana buat artikle ni n kombine ni n mix ngn artikle len..
ReplyDeleteseperti yg ana ckp...artikle ni sbnrnyer fokus pd zina hati..istilah org yg zaman skrg ni ble tgok ajnabi jer zina mata zina hati..pasal couple ni just sbg selitan jer..
berbalik pasal couple..kupasan di atas berkaitan istilah mencintai sebenarnya..couple ni adalah istilah org zaman skrg yg gne tok pasangn yg berkasihan..ana di kuliah jika kne berpasangan ngn some1 x kira laki o perempuan ana lebih suke gune istilah couple..mean berpasangn...coz ana nk tunjuk pd org yg menjadikan istilah tu sbg haram...yg haram nyer adalah perbuatan mereka yg melanggar syariat,istilah cople juga boleh digunakan kpde pasanagn yg sme jenis..tapi org melayu kiter skrg ble sebut je psl cople mst ditujukan pd org yg berkasih kasihan yg melebih2
ana akui ana takot jika ada org yg menjadikan ana nyer enrti ni tok cople islamic...tidak wujud sebenarnya cople islamic..kupassan ana hanayalah perasaan mencintai yg pada dasarnya tidak haram tapi jadi haram bila melanggar syariat..ana akui ana khilaf tak tulis jngn jadikan enti ni sbg wadah tok mereka bercple islamic...p ana ade komen di atas apa sebenanye yg ana cube smpaikan..
muhammad hanif tumiran: terpulang pd saudara..ana terima teguran...syukran
ReplyDeleteezan sahizzah - ana akui..mmg zaman ini susah kiter nk jumpe org yg jge batas2 pergaulan jika bercple..ana x nafikan..coz itu cple diharamkan..coz xde org..bukn xde tpi sangat sukar tok jumpe og yg jge..mcm dalam entry ana pasa kwn ana tuh...die bru seorg yg ana jumpe berjaya jage batas2 dlm bercple..coz itu ana buat artikle ni n kombine ni n mix ngn artikle len..
ReplyDeleteseperti yg ana ckp...artikle ni sbnrnyer fokus pd zina hati..istilah org yg zaman skrg ni ble tgok ajnabi jer zina mata zina hati..pasal couple ni just sbg selitan jer..
berbalik pasal couple..kupasan di atas berkaitan istilah mencintai sebenarnya..couple ni adalah istilah org zaman skrg yg gne tok pasangn yg berkasihan..ana di kuliah jika kne berpasangan ngn some1 x kira laki o perempuan ana lebih suke gune istilah couple..mean berpasangn...coz ana nk tunjuk pd org yg menjadikan istilah tu sbg haram...yg haram nyer adalah perbuatan mereka yg melanggar syariat,istilah cople juga boleh digunakan kpde pasanagn yg sme jenis..tapi org melayu kiter skrg ble sebut je psl cople mst ditujukan pd org yg berkasih kasihan yg melebih2
ana akui ana takot jika ada org yg menjadikan ana nyer enrti ni tok cople islamic...tidak wujud sebenarnya cople islamic..kupassan ana hanayalah perasaan mencintai yg pada dasarnya tidak haram tapi jadi haram bila melanggar syariat..ana akui ana khilaf tak tulis jngn jadikan enti ni sbg wadah tok mereka bercple islamic...p ana ade komen di atas apa sebenanye yg ana cube smpaikan..
hehe, saya faham maksud saudara, sebab tu saya baca dari awal hingga akhir,
ReplyDeletebak kata saya, [cinta itu fitrah, couple itu bid'ah]
saya hanya bimbangkan adik2 /abang2 /kakak2 yang tidak memahami makna bercinta dan bercouple, (couple yang dimaksudkan ialah masalah hubungan antara lelaki perempuan)
cinta ini ibarat berpuasa, bile semakin tiba waktu berbuka, semakin kuat nafsu kita nak makan kan? kita ambil seberapa banyak makanan yang kita nak, tapi bile tiba masa berbuka, yang mampu kita hadam hanyalah segelas air sirap dan beberapa suap nasi... begitu juga cinta, perasaaan fitrah dan keindahan cinta itu terasa bila kita memendam, dan pabila cinta itu diluahkan ia akan susut.. namun, cinta ialah keperluan, kan? maka , kita akan mencari jalan untuk memperkuatkan cinta itu.. maka jalan itu lah yang saya khuatirkan.. apakah ia jalan yang diredhai, atau yang dimurkai..
jika kita sayang pada seseorang itu, pada saya , cukuplah kita doakan kebahagiaan dia, cukuplah kita mendekatinya setakat yang termampu,tapi untuk meluahkan perasaan cinta, ia ibarat membuka jalan bercabang 2, jalan yang diredhai, jalan yang dimurkai.. oleh itu, lebih baik dijauhkan sebab, jalan yang dimurkai itu barangkali mendekatkan diri 2 insan ini kepada zina, sejajar dengan ayat,"la taqrobu zina".Namun, ada juga yang berjaya memilih jalan yang benar, dan diredhai allah.alhamdullillah.
kita (lelaki) merupakan insan yang istimewa dan berat tanggungjawabnya, jika benar kita cintakan seseorang, maka kita hendaklah memikirkan masa depannya, mampukah kita hendak menjaga cinta wanita? mampukah membina baitul muslim? dan bersediakah menjadi ayah bagi anak si dia (dan kita gak heeee~~~) , itulah bukti cinta sebenar bagi seorang lelaki, kan? dan jika kita tidak mampu, maka doakan si dia untuk bahagia, kerana bak kata quotation yang saya pernah dengar,
"asalkan cintaku bahagia, aku bahagia"
namun, setelah saudara menjelaskan niat saudara ialah menerangkan perasaan cinta, dan bukan menggalakkan perhubungan couple, insya allah, semoga para pembaca memahami idea saudara :D
munkin cerita saudara nie panas kerana penggunaan bahasa saudara kat tajuk nie kowt, hehe, wallahualam, walau ape pun, idea saudara ini saya faham. [u cant force people to love, nor to hate,] dan islam itu pula [menjaga kemasyalatan hidup manusia]. semoga kita (saya pun belia gak) berjaya dalam mengorak langkah yang berputik bunga cinta ini, agar ia kembang mekar, bukan layu kerana dipetik. heeeeee
ada baiknya artikel ini..tp ana nak enta jelas kan. adakah enta maksudkan kapel tetap boleh even pergaulan terjaga?enta dh ckp yg kita bkn malaikat..ada iman turun naik,adakah totally bila kita kapel..suma pegaulan terjaga? ntah la,adakah artikel enta ni overall nk ckp yg kapel itu halal n xsalah?ana xda mslh pjelasan enta ttg zina hati..tp ana mcm xberapa sedap bila enta ckp psl kapel tu. mohon jelaskan sikit boleh?takut ana tersalah faham.syukran
ReplyDeletehanz_alias:ana tak tau kamu laki o popuan..p ana ucakpkan syukran coz enta faham..enta org pertama yg faham begitu bek..yup.ana saja letak tajuk yg panas supaya ramai yg tertarik ngn artikal ni...smpai kn ade kalangan org walau pun bende ni mudah di fahami menjadi susah...
ReplyDeletenuha nasuha:nmpak nyer saudari juga antara org yg kurang faham ngn artikl ni..saudari bce dari awal hingge akhir or skip2?
ReplyDeletemungkin saudari menyalah angkap ngn artikl sy kerana tajuk yg sy bagi..cube saudari bace n anggap tajuk tuh tiada..
sy menjelas kan mencintai pada dasarnya tidak haram tetapi haram ble mealnggar syariat..
bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.
Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.
ITU PADA DASAR NYA.
kemudian sy menjelas kan pada zaman ini bercinta or lebih muda cople menjadi haram kerana susah untuk kiter lihat org yg jagenyer..
mcm situasi kawan sy..die couple ngn bf nyer supaya die tidak mencintai lelaki len n lelaki itu x mencintai org len..juga untuk mengelakkan lelaki cube memikatnya n popuan cube memikat bf nyer..die langsung x msg o cll bf nyer..hanay sekadar d fb melihat perkembangn pasangn masing2..
ape bila sy tuju kan soalan.."enti x rase rindu ker pd bf,,x takot ker die de org len coz xmsg"
ape yg die jawab "mmg ana akui ana sngt mencintai die..ana takot jika ana msg die ana akan berlebihan mencintai die lebih dari segalanya..kerana itu haram"
so ana nk tuju kan pada enti..apa yg haram pada hubungan die?
ana cakap PADA DASARNYA..tapi zaman sekarang tiada org yg xlanggar syariat klo cople..bkn xde p susah nk cari yg blh ikot..
lagi pon macam ana ckp..cople itu hanya istilah yg org melayu gne kpd org yg saling mencintai.ia sabagai nama yg ditunjukkan kpd org len yg hati mereak dah dimiliki..
tapi pada hakikatnya ia hanya lah bermksd pasangan..mcm ana cter jika ana di bagi tugas tok berpasangn ngn spe2 x kire laki o popuan..ana suke gne istilah cple..adakah ana gay cple ngn laki dlm buat tugasan..?fikir fikirkan lah
nice explanation
ReplyDeleteexplain yg merungkai 1001 persoalan...mabruk alaik
ReplyDelete