• Makna iddah : pada bahasa bermakna bilangan atau hitungan. Ada yang mengatakan iddah itu adalah tempoh masa yang ditentukan syara,bagi menghabiskan saki baki kesan-kesan perkahwinan yang lalu (mazhab hanafie).
• Makna pada jumhur ulama: suatu tempoh di mana perempuan menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya dan pengabdian kepada tuhannya.
• Hukum iddah: hukum pada syara adalah wajib keatas perempuan.
• Perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang.
• Al-quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan seperti dalam surah al Baqarah ayat 187 dan surah al Rum ayat 21. Dimana pasangan suami isteri menjadi pakaian diantara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan.ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat akibat kematian.
• Al-majali menambah bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami,mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami.Menzahirkan kesedihan atas pemergiannya,memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah.Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami,wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.
0 ulasan:
Post a Comment