x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 24, 2011


TEMPOH IDDAH KEMATIAN SUAMI.

        Bagi wanita atau isteri yang tidak mengandung

Tempohnya ialah 4bulan 10 hari dari tarikh kematian.perlu diingatkan bahawa’ bulan’disini ialah bulan dalam kalendar islam atau hijrah.oleh itu,jumlah hari yang kena beriddah ialah kira-kira 130 hari .

        Bagi wanita atau isteri yang mengandung

Tempoh iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak .malah,jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek iddahnya tetap berakhir.

Dalil atau pun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat al quran menyebut bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-talaq,ayat 4) dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu rasulullah s.a.w membenarkannya berkahwin lain selepas berkahwin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari ). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang sabi’ah  al-aslamiah yang bersalin beberape hari selepas kematian suaminya ( hadis riwayat bukhari dan muslim).
         Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalm kes seperti ini .Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri tadi beriddah mengikut ab’ad al-ajalaym, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah selama 4 bulan 10 hari.Tetapi tarikh bersalin lebih lewat atau terkemudian berbanding 4 bulan 10 hari,maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin.


Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...