x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, April 21, 2011

Arsenar Terpaksa main Ke Malaysia coz nk DUIT !!

salam hye sume..selamat malam..hari ni ana tertarik dengan 1 artikel dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA ONLINE..ana rase cam terhina je sbg seorg rakyat malaysia..p ana tengok rakyat malaysia len relax jer..editor akbar tu pon cam setuju jer ngn ayat die..xpaham ana..

BACE ELOK 2!!

Arsenal lawan Harimau Malaya 10 Julai?


arsene Wenger mengakui Arsenal akan berkunjung ke Malaysia pada Julai ini sebagai antara destinasi dalam siri Jelajah Pramusim kelab itu.



KUALA LUMPUR - Kelab terkemuka Liga Perdana England, Arsenal dijangka menentang skuad Harimau Malaya pada 10 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil berdasarkan sumber dari laman web di England,www.arsenalindiser.com.
Mengikut sumber tersebut, Arsenal akan singgah di Kuala Lumpur pada 10 Julai sebelum terbang ke China, bagi menghadapi perlawanan kedua pada 16 Julai di Shanghai.
Maklumat itu hadir selepas pengurus Arsenal, Arsene Wenger membuat pengesahan bahawa skuadnya akan mengadakan Jelajah Pramusim dengan mengunjungi Malaysia dan China pada Julai ini.
Pengesahan itu dipetik daripada salah sebuah akhbar terkemuka United Kingdom, Telegraph melalui wawancara dengan Wenger mengenai pemilikan penuh kelab itu oleh taikun Amerika, Stan Kroenke.
Menurut Wenger, penajaan kewangan yang besar menjadi punca dia membawa Arsenal pertama kali datang ke Malaysia sejak tahun 1999 walaupun dia kurang berminat untuk ke Asia berbanding Eropah.
''Jelajah di timur jelas memberikan tarikan besar kepada bahagian kewangan. Kami memerlukan penajaan tambahan selain daripada pendapatan sendiri yang kami hasilkan. Saya boleh menerima Jelajah seperti ini selagi tidak mengganggu persiapan kami.
''Saya tidak mahu datang ke sana (Malaysia dan China) tetapi oleh kerana jumlah penajaan yang tinggi dari Eropah, kami akan ke Malaysia dan China. Kami mempunyai kurang daya tarikan kewangan daripada pasukan lain, jadi kami tidak boleh ketinggalan dalam soal itu," kata Wenger.
Chelsea dan Liverpool telah membuat pengesahan akan ke Kuala Lumpur dengan skuadBlues akan berdepan skuad Harimau Malaya pada 21 Julai namun tarikh perlawanan bagi Liverpool masih belum dapat dipastikan.

haha..klakar ana bace...nmpak sangat Arsenar bukan nak datang pon ke Malaysia..coz kerana DUIT deme sume datng... ayat ''Saya tidak mahu datang ke sana (Malaysia dan China) tetapi oleh kerana jumlah penajaan yang tinggi dari Eropah, kami akan ke Malaysia dan China dah tunjuk kan die terpakse datang ke Malaysia...ntah2 men pon smbil lewe n turunkan pemain simpanan.. pebaja yg bawak deme..kalo x penaja?jangn arap nk dtg..macam Manchester United deme selalu datang memang lah salah 1 faktor coz kewangan  p xde lah sampai cakap camtuh.. n MU gak kadang2 yg offer nk dtg ke Malaysia....g 1 MU komited n bagi komitmen yg tggi tok dtg ke Malaysia dengan buat klinik bola sepakhantar duta Mu n Lain2...

knpe r org xsedar akan ni?mane martabat Malaysia??

Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...