x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 18, 2011

~ Keputusan Formula 1 Chinese Gran Prix ~

salam ukhuwah kpd semua kawan blog ana..smlm berlangsung nya perlumbaan Formula1 Chinese Grand Prix..mst nk tau an kptsn nyer?hahah..like2..jom~~!!



BANGGA... Hamilton menjulang trofi selepas menjuarai GP China semalam.

Pelumba sensasi McLaren, Lewis Hamilton menyekat penguasaan Red Bull dan pelumbanya, Sebastian Vettel daripada mencipta kejuaraan hatrik musim ini dengan menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China di Litar Antarabangsa Shanghai semalam.
Sebaliknya, Vettel yang menjuarai GP Australia dan Malaysia sebelum ini terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan ketinggalan 5.1 saat di belakang Hamilton yang merekodkan masa 1 jam 36 minit 58.226 saat.
Ini merupakan kekalahan pertama Vettel selepas lima perlumbaan berturut-turut termasuk dua perlumbaan pada musim lalu.
Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pula menduduki tempat ketiga walaupun terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-18.
Hamilton bagaimanapun dicemaskan dengan insiden enjin ‘meragam’ sebelum perlumbaan tetapi kemudiannya berjaya mengawal keadaan, sekali gus mengelakkan diri daripada terpaksa memulakan perlumbaan menerusi hentian pit.
Berikutan insiden itu, mekanik McLaren terpaksa bertungkus-lumus dalam tempoh tidak sampai seminit memperbaiki enjin kereta Hamilton.
Sebaik Hamilton menyertai pelumba lain di garisan permulaan, dia hanya satu saat sahaja lebih cepat daripada masa yang dibenarkan.
Dengan kemenangan itu, Hamilton, 26, akhirnya meraih kejuaraan pertama sejak kali terakhir melakukannya pada GP Belgium, Ogos tahun lalu.
Di samping itu, pelumba Britain ini menjadi pelumba pertama pernah menang dua kali di GP China sejak perlumbaan F1 mula diadakan di negara itu pada 2004. Kali pertama Hamilton menang ialah pada 2008.
Vettel yang memulakan perlumbaan di petak depan semalam bagaimanapun hanya mampu mengucapkan tahniah kepada McLaren dan Hamilton.

PASUKAN FAVOURITE ANA??
Lotus Renault agak tidak mengecewakan kerana Vitaly Petrov mendapat 2 mata setelah berjaya mendapat tempat ke 9 naik 1 petak setelah bermula di petak ke 10 ketinggalan 57.4 saat dari Lewis Hamilton manakala Nick Heidfield gagal mengulangi kejayaan di Malaysian Grand Prix kerana hanya sekadar di tempat ke 12.

Team Lotus sekali lagi gagal memberi saingan keran kedua2 pelumba iaitu Heikki Kovalainen dan Jorno Trulli sekadar mendapat tmpat ke 16 dan 19.tapi apapun Team Lotus tetap antara terbaik antara 3 pasukan baru.
Mercedes GP juga agak memberangsangkan kerana berjaya mengutip 14 mata setelah dua pelumbanya menamatkan perlumbaan di tempat ke 8 dan 5




Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...