x tukar url

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 24, 2012

Saya Mesti Jadi Lebih Baik


Saya Mesti Jadi Lebih Baik

Borak Dengan Siswa Siswi Thailand

salam Muhibah...la ni Kolej aku 
Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) 
ada pelajar antarabangsa..wat masa sekarang ni yg ada dari Thailand dan Kemboja...


Tapi yang kelakornya...aku keja di koperasi kolej..jenuh lah aku nak paham ape deme cakap..yg aku tau Sawadikap..hahahah...mereka ni ada yang tau cakap melayu dan ada juga yg pandai cakap english..tapi paling aku respek ada yg amek business p pandai ckp arab..sangat sempoi..


terkutak katik gak aku nak speaking english ngn deme..lepas borak ngn siswi Thailand aku borak lak ngn siswa Thailand....yng siswa lebih mahir gak cakap melayu..tapi aq keliru deme ni cam dari kemboja pon ader..hehehe..pengalaman yang sangat menarik..:)

AKU BARU BERANGAN NAK BELAJAR SKUBA!!! sedihnyer..

Berita Minggu 24 Jun 2012 : 6 penyelam hilang di Tioman dipercayai dibawa arus deras ketika mengikuti kursus menyelam di 
Pulau Cebeh.Tioman,,



AKU BARU BERANGAN NAK BELAJAR SKUBA!!! sedihnyer..




Saturday, June 23, 2012

Segmen : Bloglist Julai-Ogos 2012 by Mieya Atiera

Jom Join...!
Tarikh tutop belum diumum lagi..:)

Thursday, June 21, 2012

Segmen Hujung Minggu: Aku Follow Kau Follow


Jom tambah Follower...join tau..:)

Wednesday, June 20, 2012

Program Fasilitator

Salam Ukhuwah..apa khabar sume?harap semua chat..hari ni aku nak citer cikit pengalaman menjadi fasilitator..aku selaku exco publisiti dan dokumentasi Kelab Steadfast Kolej Islam Darul Ridzuan telah dipilih menjadi wakil fasilitator ke Kem Motivasi dan Penghayatan Islam yang dianjurkan oleh Sek Keb Manjoi 1 sempena persiapan mereka menghadapi UPSR tidak lama lagi


macam2  pengalaman menarik..haaahh baru umur 12 tahun walaupun size badan mereka jauh lebih kecik dari aku wkt aku 12 tahun tapi pemikiran mereka agak matang..almaklumlah zaman moden...hehehe...yang xboleh blah tuh adik2 comei ni blh kesan plan kami nak buat muhasabah..kami siap gado2 lagi...hehehe..
tapi last2,,,nangis gak..aku harap mereka ni sume dapat sedikit input dalam slot muhasabah tuh

Gambar - Gambar Program




























BARISAN FASILITATOR

Akhi Aliff aka Muhammad
Akhi Hafis
Akhi Yazid
Akhi Addin

Ukhti Nurul
Ukhti Farha
Ukhti Fieza
Ukhti Akmal




Isteri pertama dan seterusnya...

Akhir- akhir ni jarang sekali update blog...coz ape??hehe...aku la ni dah keje kat koperasi Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) @ Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)..walaupun gaji xseberapa p alhamdulillah ia sebagai  pengalaman kepada diriku...nak kumpul duit banyak2 nak beli 2 isteri baru..haha..bemadu lah deme bertiga....

meh aku kenal kan ngan isteri2 ku..



agak2 siapa yer gadis tuh?hehehe


Isteri Kedua



Yamaha Sport 110ss

Bakal Isteri Ketiga


Yamaha Fz150i

Bakal Isteri Keempat



Satria Neo

mohon doa kalian supaya impian ku ini menjadi kenyataan...

Isteri cerdik yang solehah...penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran...Dirumah dia isteri di jalanan kawan...Diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan...


Thursday, June 14, 2012

Segmen : Sha nak edit gambar awak

mai join..

Tuesday, June 12, 2012

Asif jiddan

Hai semua...apa khabar antum semua??just ingin memohon seribe kemaaf coz dlm minggu ni jarang on9...Aliff Ismail perlu jaga Koperasi Kolej sepanjang minggu Orientasi pelajar baru..insyaAllah mggu depan akan start update,,:) slam ukhuwah

Sunday, June 10, 2012

Saya nak masuk blogslist cheese + cheese


Klik banner dan Join...:)

BLOG REVIEW BERSAMA PCB


Klik banner dan join sebelum 14 Jun 2012

Minggu yang sangat letih untuk menyiapkan paper work untuk Kelab Steadfast Kolej Islam Darul Ridzuan. Minggu Oreintasi untuk pelajar baru juga akan bermula..doa kan Instinct De Hearty dapat menjalani sem baru ini dengan niat keranaNya..:)

Bilangan follower terkini : masih bertatih 169 jer..:)
Blog Pilihan : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
Harapan : Harap Ilmu yang dikongsi dalam blog ni bermanfaat untuk semua
Link Fb : http://www.facebook.com/aliff.nero92

Friday, June 8, 2012

Abang....Sayang Cemburu...

"Aku terima nikah Maryam Sofea binti Marwan Solihin dengan mas kahwinnya RM250 tunai." 

kata keramat yang lahir dari bibir Izzul Harith bin Ibrahim.


Tersenyum sendiri Maryam menatap gambar di hari bahagianya dua tahun yang lalu. Hatinya sudah dimiliki oleh seorang mujahid pilihan Allah untuknya. 'Dialah jawapan istikharah ku.. Sah menjadi imam ku..'


Jarum jam sudah bergerak ke angka 11. Maryam Sofea setia menunggu kepulangan suami tercinta sambil membaca novel Sebarkan Cintamu karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

'Lewat juga abang balik malam ni' hati Maryam berbisik sendirian.

Izzul Harith bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebagai doktor farmasi. Tugas yang dipertanggungjawabkan olehnya tidaklah sesibuk doktor-doktor yang berada di wad. Namun, tanggungjawabnya sangat berat. Beliau harus berhati-hati dan teliti dalam menjalankan tugas terutama semasa memberi pelbagai jenis ubat kepada pesakit agar tidak berlaku kesilapan.

Kedengaran enjin kereta di perkarangan rumah. Bergegas Maryam meluru ke muka pintu untuk menyambut kepulangan suami tercinta. Senyuman manis terukir dibibir Maryam tatkala menyambut tangan suaminya.

"Sayang tak tidur lagi ke?" tanya Harith.

"Sayang tunggu abang dulu.. Ermm, abang mesti penatkan? Sayang buatkan air ye." Maryam melepaskan tangan Harith untuk ke dapur. 

Belum sempat Maryam melangkah, Harith dengan pantas menarik lengan Maryam. Satu ciuman singgah didahi Maryam.

"I Love You sayang..!" ucap Harith begitu romantik.

Maryam tersimpul-simpul malu. 'I Love You Too Abang', Maryam membalas ungkapan keramat di dalam hati sambil berlalu ke dapur.

Malam makin larut. Maryam merebahkan badan disisi suaminya setelah selesai baca surah al-mulk. Harith yang sedang membelek majalah SOLUSI perasan yang isterinya ingin bertanyakan sesuatu. Namun tiada kata yang keluar dari bibirnya.

"Sayang ok ke?" Tanya Harith

"Ermm, ok je abang. Kenapa?" Jawab Maryam sambil memandang suami yang disayanginya.

Direnung mata isteri yang dicintainya. Cinta yang berputik selepas akad nikah, mata itulah yang direnungnya pada saat lafaz sakinah sehingga jatuh ke lubuk hati yang paling dalam dan terus terpahat di situ.

"Sayang, Abang minta maaf ye. Dah tiga hari berturut-turut abang balik lambat. Pergi kerja Dania tak bangun lagi. Balik kerja pula Dania dah diam beradu. Maafkan abi ya Dania. Maafkan abi juga ya ummi Dania." luah Harith.

"Abang. Sayang faham kerja abang. Abangkan keluar cari rezeki untuk keluarga. Dania ok je abang, tak banyak kerenah. Cuma seperti dia rindukan abinya."luah Maryam pula.

Mata mereka beralih pada ruang sudut bilik. Terlihat katil Maisarah Dania yang dihiasai reben pink putih. Bayi baru berusia 8 bulan leka dibuai mimpi nan indah. 

"Dania je yang rindu abi? Ummi Dania tak rindu abi?" Seloroh Harith.

Maryam mencubit lengan suaminya. Malu dirinya dikenakan begitu.

"Abang, jom tidur. Nanti terlepas tahajjud." Maryam bersuara menutup rasa malu.

"Jom sayang. Baca tiga Qul dulu ya sebelum tidur." Harith mengingati isterinya sambil menghadiahkan senyuman.

4.30 a.m...


Maryam terjaga dari lenanya. Meraba-raba suami disebelah. Tiada..!
Kedengaran suara rintihan dalam sedu sedan di bilik sebelah. Lama Maryam hayati, makin kuat rintihan itu. Dia tahu..! Apa yang dilakukan oleh suaminya. Dan dia akur, itulah cinta suaminya yang sejati dan yang pertama dihati. Dia tidak perlu cemburu akan cinta itu. Maryam berfikir, walaupun segunung cintanya terhadap Harith, namun tidak pernah sesekali sama akan cinta suaminya ditikar sejadah itu. Esak tangis. Suara Harith hiba, mengadu pada Yang Maha Pencipta. 


Wajah Harith yang begitu suci baginya bagaikan tiada masalah tiap kali mereka bersama. Manusia mana yang tiada masalah, sama ada sebesar-besar gajah mahupun sekecil-kecil zarah. Namun Harith tidak sedikit pun menunjukkan masalah kepadanya. Hanya kepada Yang Agung tempatnya mengadu saban malam. 


Maryam bergegas ke bilik air, tidak mahu melengahkan masa. Maryam mahu mengikuti serta berjumpa Allah bersama suaminya.


Selesai solat sunat tahajjud, Maryam dan Harith sama-sama menghabiskan satu juzuk yang masih berbaki. 15 belas minit kemudian, sayup-sayup kedengaran suara bilal menandakan telah masuk waktu subuh.


Harith mengimamkan solat subuh dengan penuh khusyuk. Alunan surah al-Fatihah sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka, Harith menagulunkan pula surah al-Waqiah pada subuh itu. Menitis air mata membasahi pipi Maryam. Sangat meruntum jiwanya.


Setelah mengaminkan doa, tiba pula untuk bersalaman. Harith perasan mata dan hidung Maryam kemerah-merahan.


"Sayang, kenapa menangis?" Tanya Harith.


Maryam diam seribu bahasa.



"Sayang. Sayang abang yang comel lagi solehah ni sakit ke?" Seloroh Harith.


Maryam hanya tersenyum kelat. Namun esak tangisnya terus kedengaran.


"Sayang.. Kenapa? Abang ada buat sayang kecil hati ke?" tanya Harith lagi memujuk isterinya.


"Abang. Sayang Cemburu." Terungkap tiga kata dari bibir Maryam.


Harith hanya tersenyum apabila terdengar ungkapan jujur dari isterinya.



"Sayang cemburu abang akan ada bidadari lain di syurga nanti." luah Maryam.


"Bila abang cakap macam tu sayang.?" tanya harith sambil menyeka air mata di pipi isterinya yang mulus.


"Tadikan abang cakap masa solat subuh." Maryam bangun mengambil surat cinta dari Allah dan dibeleknya helaian keramat itu.



"Surah Waqiah ayat 22 dan 23 'Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik' dan ayat ke 35-38 'Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung*, lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh penuh cinta dan sebaya umurnya untuk golongan kanan." luah Maryam lagi dalam tangisan.





Tersenyum. Itu saja yang dia mampu ukirkan dibibir tatkala isterinya yang dicintai dunia akhirat mengadu hiba di depannya. Harapan Harith dengan senyumnya memberikan semangat dan meredakan perasaan isterinya yang gusar.


Harith duduk bertentangan dengan Maryam. Diambil tangan Maryam dan menggenggamnya erat. Direnungnya anak mata Maryam yang bersinar cahaya. Dicium tangan Maryam dengan penuh kasih sayang yang sarat dengan cinta. 


Berdebar-debar Maryam menanti suami yang dicintainya bersuara.


"Sayang. Abang sayangkan sayang. Sayang tahu kan?" bisik Harith.


Maryam mengangguk lemah.



"Abang cintakan sayang. Itu pun sayang tahukan?." bisik Harith lagi.


Maryam terus mengangguk.



"Semua ni kerana siapa sayang?." tanya Harith.


"Kerana Allah dan Rasul." jawab Maryam dengan yakin.


Harith terus memeluk bahu isterinya sambil mengusap kepala Maryam yang masih berlitup rapi dek telekung solat.



"Sayang, jika itu jawapan sayang atas pertayaan abang tadi, mana mungkin cinta, rindu, kasih dan sayang abang terhadap isteri tercinta abang ni beralih arah tatkala di akhirat kelak? Sayang, wanita solehah adalah bidadari didunia. Dan sayang adalah bidadari dunia buat abang. Dan sayang jugalah ketua bidadari di syurga kelak." luah Harith.


"Sayang. Abang nak sayang tahu satu perkara. Abang sebenarnya lagi cemburu pada sayang." Harith sambung luahannya. 


Maryam terus mendongak, memandang mata Harith.



"Maksud abang.?" Maryam bertanya kehairanan.


"Ya.. Abang lagi cemburu.. Sangat-sangat cemburu pada sayang." Harith menunjukkan air muka yang hiba.


"Apa yang sayang dah buat sampai abang cemburu pada sayang.?" tanya Maryam lagi.



"Pada hari kita dipertemukan oleh ustaz Ehsan serta keluarga kita, abang malu sangat bila tengok sayang. Sayang muslimah yang sangat solehah. Pada masa tu abang terfikir layakkah sayang untuk abang?. Abang lagi cemburu bila ustaz Ehsan maklumkan pada abang ramai mujahid yang sudi jadikan sayang sayap kiri mereka. Namun, alhamdulillah Allah telah menganugerahkan mujahidah solehah Maryam Sofea pada abang." Harith terangkan dengan suara agak perlahan sambil menggenggam erat tangan isterinya.


Maryam terseyum mendengarnya...



"Lepas nikah lagi abang cemburukan sayang. Sayang pandai jaga abang, sayang pandai memasak. Tengok badan abang ni dah makin 'tegap'." seloroh Harith sambil memicit hidung isterinya.


Maryam menjerit kecil bila dilakukan begitu.



"Cemburu abang makin bertambah-tambah tatkala sayang disahkan hamil. Masakan abang mana boleh mengandung. Sabda Rasulullah saw perempuan yang mengandung akan diampunkan 1000 dosa dan diberikan pula 1000 pahala. Banyak tu. Sebab tu abang cemburu. Saat Dania dilahirkan, sayang bertarung nyawa. Kesakitan tak terkata. Abang bukan tak berpeluang nak merasai itu semua tapi memang peluang itu tak akan muncul sampai bila-bila bahkan sampai kiamat berlaku. Jika ditakdirkan, Allah ambil sayang masa lahirkan Dania, cemburu abang berada tahap tinggi. Sayang akan syahid dijalan Allah. Tapi abang? Tak mampu berada ditempat sayang. Jika Allah izinkan, abang nak rasa kesakitan sayang saat lahirkan anak-anak kita." Harith meneruskan luahannya yang berakhir dengan dihujani air mata yang membasahi pipi.


"Abang ku sayang. I Love You Too." ucap maryam setelah mendengar luahan hati suaminya.


"Ha...?" Harith hairan tiba-tiba isterinya melafazkan cintanya.



"Jawapan malam tadi, sayang jawab dalam hati. Allah je yang dengar. Sekarang sayang ucap depan abang, biar abang  pon turut dengar." Maryam menjawab.



"Sayang, abang berjanji bahawa di akhirat kelak sayanglah ketua bidadari abang di syurga. Kita bercinta hingga ke syurga ya sayang." Harith berkata dengan rasa cinta terhadap isterinya yang solehah.


Perbualan mereka terhenti akibat terdengar Maisarah Dania bercakap seorang diri di katilnya. Dengan pelbagai bahasa bayi digunakan sambil tangan bermain kain yang menyelimuti badannya. Izzul Harith dan Maryam Sofea tersenyum melihat gelagat bayinya yang sangat comel.


"Mata bulat, bulu mata lentik, kulit putih merah, lesung pipit di pipi. Semua ikut Ummi ya.. Abi cemburu." Harith berkata.


"Abang ni. Tu ha hidung Dania yang mancung tu ikut siapa kalau tak ikut abinya" Maryam terus menarik hidung suaminya yang sedang mendukung Maisarah Dania.


"Sayang, sama-sama kita doakan Dania menjadi anak yang solehah ya. Dialah saham kita di akhirat kelak." kata Harith kepada Maryam.


"InsyaAllah abang." jawab Maryam pendek sambil mencium pipi Dania yang merengek minta disusukan.






..nota jari manis..



Rumah tangga bahagia didunia dan diakhirat..

Cinta Allah dan Rasul yang pertama dan utama..

Indahnya bercinta berlandaskan syariat..

Nan berseri dengan cahaya mata..
p/s: nama-nama diatas hanyalah rekaan ana semata-mata. 
by

1001 Mutiara Kata


"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Segmen: Bloglist With Yana

Jom Join..!!
Klik Banner Yer...:-)


SYARAT - SYARAT


- Buat Entry bertajuk " Segmen: Bloglist With yana"
- Letak banner di atas dalam entry
- Sertakan link blog / link twitter / link page korang 
(letak link yang korang ada laa)
- Letak gambar korang 1 (Senang Blogger lain kenal gak)
- Hantar link entry ini okey ke yana


KENALI ALIFF ISMAIL




SALAM PERKENALAN DARI 
ALIFF ISMAIL
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA

Thursday, June 7, 2012

Contest Blog Super Kawai By Bubu




Tarikh tutop 27-6-2012
Jom join.!!

Ader hadiah kot..Best!!
Pertama : Topup Rm30
Kedua : Topup Rm15
Ketiga : Topup Rm5

Mangsa tag Aliff :

hari Terakhir Di Kuala Lumpur

8  Jun 2012 tarikh akhir sebelum diriku meninggalkan KUALA LUMPUR untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu untuk semester ke-4.

 Semua orang mesti de azam kan untuk sem baru?
hehe..nak tahu Azam Baru ku? Azam Baruku ialah:


Azam 1 :

 Repair baby kesayangan ku..hehe..sape or ape?jngn fikir bukan2 yer...
Ni dia.....!!!!


Yamaha Sport110 ss

Motor ni walaupun dah lame p dah bikin kasi cantik punya..mmg laju lah...tapi takdelah boleh lawan 125 or fz..but not bad lah..boleh tahan..
takat lagenda 110,wave,kriss sume boleh 
makan asap lah motor tu sume..hehe
tapi sayang..baby ku ni sekarang dah terok..koma dah 3 bulan tinggal kat kolej tuh..nak buat cmne..dah eksiden aritu xder duit nak repair..kali ni aku nak repair.walaupun motor lame tapi banyak jasa pada ku dalam menuntut ilmu..
motor ni antikk..junior ku xcakap 

"abang..nape senyap jer motor antik tu"

hehe..klo nak tau motor aku lah paling bising kat kolej..ramai dah kenal dah...
nanti aku tunjuk rupe die yg dah hancur uh..hehe


Azam ke2 :

aku nak amek sume 7 subjek yg aku tak amek sem lepas akibat eksiden..kesimpulan nya kalo nak exam tuh jangn lah keluar jalan2..hehe


Azam 3 :


nak kumpul duit beli Motor Impian...hehe..nak tau motor per?nii diaa..!!

Yamaha Fz 150i


Azam Terakhir???

Bahagiakan Ibu Bapa ku dengan Result yang GEMPAK dan menjadi ANAK YANG SOLEH!!
Mohon Doa...:-)


~ 1001 Mutiara Kata ~



"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

Wednesday, June 6, 2012

hadiah Doodle masyuk





Wouw......!!!!!!Firsttime aku dapat doodle ni past masuk 
Aufa tu nama tok Consultan aq satu hari nanti..insyaAllah..

Segmen : Follower Pilihan Niera






Firsttime kowt join segmen Aisyah Humaira'....nama seri kandi syurga...huhu..sebenarnya aq tak reti nk join2 ni..p just try jer..hehehe..sape nk join?JOM,,,~~

Tarikh akhir 22 Jun 2012


Pencarian Blogger Follower Bawah 500



haha..bilangan follower baru 141..paling sikit kot..hehehe..:-)


Cerpen : Isteri Cerdik Solehah

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” 

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Cerpen ini Hasil nukilan, Nur Fitrah ~ tetapi link kepada pengarang tidak dapat dikesan..harap maaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...